BUKTINYA...Salah seorang ahli PBS Sekong yang menerima bendera PKR yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR Pusat Datuk Seri Anwar Ibarahim dalam satu majlis kemasukan beramai-ramai ahli-ahli PBS ke PKR. Gambar sisipan Zainuddin (kiri) dan Boni (kanan).
Oleh: SHAIMON S JUMADI
KETUABahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.43 Sekong, Norseso P.Juanico @ Boni Yusop Abdullah (gambar sisipan) dan barisan jawatankuasanya telah mengadakan kunjungan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman bagi menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang bertiup kencang konon mereka akan keluar dari PBS dan menyertai salah satu parti pembangkang iaitu Parti KeAdilan Rakyat (PKR).
Bercakap kepada pemberita selepas ditemui di kediaman Musa di Sri Libaran dekat sini, kelmarin beliau berkata ia adalah desas-desus yang tidak boleh dipercayai kerana ternyata bersifat provokasi semata-mata; sedangkan tidak pernah terlintas di hati mereka untuk meninggalkan PBS.
Beliau yakin dan percaya angkara tercetusnya desas-desus ini dilakukan individu yang berkepentingan atau ingin mendapatkan sesuatu imbuhan bagi memecah-belahkan perpaduan di kalangan ahli-ahli PBS di kawasan Sekong dalam Parlimen Batu Sapi itu.
"Saya sudah memaklumkan kepada Ketua Menteri tadi bahawa ia adalah satu khabar angin yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Kami tetap bersama PBS dalam apa keadaan sekali pun ... parti ini adalah merupakan wadah p! erjuanga n setelah sekian lama.
"Ia dilakukan individu yang mempunyai niat tidak baik bertujuan adalah untuk memecah-belahkan ahli-ahli PBS khususnya di kawasan Sekong ini. Syukurlah, Ketua Menteri berpuas hati dengan penjelasan yang saya berikan kepadanya," kata Boni.
Boni memberitahu desas-desus yang baru beberapa hari lepas tersebar itu turut memperkatakan empat cawangan PBS Sekong akan bertindak keluar parti untuk menyertai PKR disusuli kira-kira 500 lagi ahli akan berbuat demikian.
Katanya, lebih dasyat lagi konon kepimpinan PBS Sekong akan bertindak keluar secara beramai-ramai dari PBS dan menyertai pembangkang.
"Ini satu perbuatan sangat dasyat dilakukan individu yang juga adalah pimpinan PBS di kawasan ini. Saya percaya bahawa individu ini tiada kekuatan yang tergamak sehingga sanggup bertindak mewar-warkan desas-desus itu adalah bagi kepentingan dirinya.
"Sebab itu, kami dipanggil Ketua Menteri pagi ini adalah bagi memaklumkan perkara sebenar. Ini satu khabar angin atau desas-desus yang tidak boleh dipercayai sama sekali; apalagi kita sekarang ini akan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
"Sesiapa pun calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Batu Sapi, akan kita sokong sepenuh hati bagi memastikan kemenangannya," ujar Boni sambil menambah bahawa dia akan memaklumkan perkara ini kepada Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Beliau juga akan mendapatkan nasihat daripada Setiausaha Agung PBS berhubung tindakan tata-tertib yang boleh dikenakan sekiranya desas-desus sedemikian terus berlarutan.
Sementara Sabahkini.Net kelmarinsempat menemui Timbalan Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Zainuddin Hassan (gambar sisipan) menyatakan kemasukan seramai 400 orang ahli-ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Sekong memang benar ini! bukan s atu pembohongan atau direka-rekasahajaseperti yang disangkal oleh Boni.
Kata Zainuddin, kemasukan 400 orang ahli PBS ke Parti Pakatan Rakyat kerana mereka sudah jelak dan muak atas kepimpinan Boni sebagai Ketua Bahagian yang tidak membawa sebarang kemajuan langsung untuk para penyokong PBS.
Lagipun kata Zainuddin, Bonisebagai Ketua Bahagian PBS Sekong sejak daridahulu hingga sekarang tidak disukai oleh orang Sekong dan Batu Sapi; apatah lagi wujud permusuhandenganADUNSekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi; malah Boni tidak sehaluan dengan kedua-dua pemimpin yang mempunyai pengaruh besar di kawasan berkenaan.
"Jadi saya cabar Bonney agar tidak menegak benang yang basah. Itulah hakikatnya; siapa lagi percaya kepada Bonikerana tidak mempunyai kredibiliti. Sekalipun dia jumpadengan KetuaMenteri, saya tidak fikir akan percaya dengan kata-katanya" tegas Zainuddin lagi.
PBS Sekong, kata Zainuddin tidak lagi mempunyai ramai ahli kerana para penyokongnya sudah bosan dengan janji-janji yang tidak pernah ditunaikannya.
Macammana Boni boleh jadi pemimpin, tambah Zainuddin, kalau setiap masa mengharap belas ehsan pemimpin lain sehingga ahli-ahli PBS hanya mampu menelan air liur sahaja berbanding dengan ahli-ahli UMNO.
"Saya cadangkan, bagus bubar sahaja PBS Sekong kerana tiada gunanya bertahan lama, kecuali kalau tukar KetuaBahagian iaitu anak jati Sekong atau Batu Sapi. Barulah ada kemajuan," ujarnya sambil menyelar Boni lebik baik letak jawatan jangan jadi patung atau tunggul dalam PBS yang semakin hilang pengaruh.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment