Berdasarkan laporan akhbar dua minggu yang lepas, seorang wanita di Alor Setar, Kedah dibunuh dan seorang wanita di Kangar, Perlis dibelasah teruk oleh suami mereka yang cemburu. Ini tidak boleh diterima.
Pada 7 Januari 2013, Kosmo! melaporkan seorang isteri berumur twenty-seven tahun di Kangar terpaksa dirawat di sanatorium akibat dibelasah teruk oleh suaminya menggunakan kerusi, lesung batu, bingkai gambar dan pisau, kerana suami beliau mengesyakinya curang. Pada twenty-nine Disember 2012, akhbar The Star melaporkan seorang isteri berumur seventeen tahun dipukul sehingga mati dengan objek tumpul oleh suaminya yang juga mengesyaki isterinya berlaku curang.
Langkah-langkah pencegahan mesti diambil sebelum kes-kes ini sampai ke tahap kritikal dan menyebabkan kematian. Isteri berusia twenty-seven tahun di Kangar berkata dirinya sering dipukul sehinggalah dia dimasukkan ke hospital. Insiden-insiden ini sepatutnya mendorong masyarakat terutamanya keluarga, jiran tetangga, polis, doktor, mahupun tokoh agama, mengambil serius masalah keganasan rumahtangga.
Gambar hiasan
Setiap tahun, tiga hingga empat ribu kes keganasan rumahtangga dilaporkan. Angka ini cuma sebahagian kecil daripada jumlah kes secara keseluruhan. Satu kajian anjuran Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menganggarkan 36% wanita di Malaysia pernah mengalami keganasan rumahtangga. Kajian ini diterbitkan pada tahun 1995 namun masih relevan kerana anggaran dalam kajian WAO adalah konsisten dengan anggaran kejadian keganasan rumahtangga di negara lain sekarang. Tidak seorang joke daripada wanita-wanita ini patut didera, lebih-lebih lagi dibunuh.
Semua pihak perlu mengambil langkah-langkah untuk menangani keganasan rumahtangga. Pihak kerajaan harus memperketatkan penguatkuasa! an Akta Keganasan Rumahtangga (AKRT), termasuk:
Memastikan pindaan-pindaan AKRT yang digubal pada hujung tahun 2011 dilaksanakan dengan berkesan dan seragam, termasuk pengiktirafan keganasan psikologi sebagai satu bentuk keganasan rumahtangga dan keganasan rumahtangga sebagai satu kesalahan boleh tangkap.
Memastikan arahan dalam perintah perlindungan interim (IPO) jelas dan menerangkan perbuatan-perbuatan yang tidak boleh dilakukan oleh seorang pesalah, bukan setakat menyatakan pesalah "dihalang daripada menggunakan keganasan rumahtangga".
Bahasa yang digunakan oleh pihak media ketika melaporkan kes-kes keganasan rumahtangga juga mesti sensitif. Ungkapan seperti "Wanita disyaki curang dibelasah" dan "Rahsia kecurangan isterinya terbongkar" seolah-olah menyokong wanita-wanita ini patut menerima hukuman daripada suami mereka.
Keganasan rumahtangga adalah jenayah, bukan masalah peribadi. Sebagai jiran, kawan dan ahli masyarakat, setiap orang bertanggungjawab untuk bersuara. Jika kita mengesyaki penderaan berlaku, ia mesti dilaporkan kepada pihak polis dengan segara. Tidak kira apapun alasan, tiada sesiapa patut didera.
Joint Action Group for Gender Equality (JAG), yang terdiri daripada:
Pertubuhan Pertolongan Wanita ( WAO)
Sisters in Islam (SIS)
Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
Persatuan Wanita Perak Untuk Wanita ( PWW)
Pusat Kesedaran Wanita (WCC)
Sabah Women Action Resource Group (SAWO)
- media perak Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment