MUNGKIN NORHAYATI BAWA AHLI HANTU?




PEMECATAN....Armah menunjukkan surat pemecatan Norhayati daripada "Pakatan Rakyat" Batu Sapi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI.

KETUA Cawangan "Pakatan Rakyat"TandukKampung Cenderamata, Batu Sapi II, Armah Abu Bakar (gambar) menyelar kenyataan mantan Ketua Wanita "Pakatan Rakyat" Tanduk, Norhayati Ajarai yang mendakwa kononnya seramai 350 ahli "Pakatan Rakyat" cawangankampung tersebut menyertai PKR Cabang Batu Sapi seperti yang tersiar di Portal Sabahkini.Net pada 31 Disember lalu kerana merupakan satu pembohongan yang nyata.

Kata Armah, kenyataan Norhayati tidak berasassama sekali kerana jumlah keahlian "Pakatan Rakyat" Cawangan Tanduk hanya berjumlah 113 sahaja; dari mana datangnya 237 orang lagi.
"Mungkin dia bawa ahli hantu kerana kesemuanya masih bersama "Pakatan Rakyat"," kata Armah dengan nada sinis.

Tambah Armah, ekoran tindakan Norhayati yang keluar dan meninggalkan "Pakatan Rakyat", kemudian menyertai PKR yang dianggap sebagai petualang; maka beliau telah dipecat dan digugurkan keahliannya daripada Cawangan "Pakatan Rakyat" Batu Sapi.

Armah menambah, tindakanmemecat atau menggurkan Norhayati daripada "Pakatan Rakyat" Batu Sapi dibuatme! lalui sa tu keputusanmesyuarat khas cawangan Tanduk yang diadakan kelmarin setelah dipersetujui oleh semua ahli-ahli "Pakatan Rakyat" cawangan berkenaan.

"Dengan ini, saya memaklumkan bahawa Norhayati telah dipecat dari jawatannyadan kini digantikan serta merta oleh Nursik Baralun sebagai Ketua Wanita Cawangan (sebelum Naib Ketua Cawangan).

Manakala jawatan Naib Ketua Cawangan "Pakatan Rakyat" berkenaan telah disandang oleh Yusrina Latip dan perlantikannya telah disokong dengan sebulat suara olehsemua ahli "Pakatan Rakyat" cawangan berkenaan.

Kata Armah lagi, walaupun Norhayati telah keluar daripada "Pakatan Rakyat" dan menyertai parti pembangkang; sedikitpun tidak menggugat kekuatan perjuangan "Pakatan Rakyat" Batu Sapi.

"Malah pemergian Norhayati daripada "Pakatan Rakyat" amat dialu-alukan dan merupakan satu rahmat kepada "Pakatan Rakyat" Batu Sapi; khususnya Cawangan Tanduk kerana kami tidak mahu menyimpan orang yang diibaratkan duri dalam daging," kata Armah.

Armah menjelaskan, "Pakatan Rakyat" Batu Sapi di bawah kepimpinan Datuk Hj Samsudin Yahya sebagai Ketua Bahagian "Pakatan Rakyat" akan terus berjuang untuk membela nasib rakyat dalam aspek pembangunan, selaras dengan slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan janji ditepati.

KataArmah, beliau agak sedih kerana perjuangan politik Norhayati tumpas di tengah jalan setelah bersamaa "Pakatan Rakyat" sejak 20 tahun lalu.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: