TAWAU : Pemeriksaan terhadap rakyat asing di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau tengah hari semalam adalah operasi biasa, kata Pengarah Imigresen Sabah Datuk Muhamad Mentek.
Beliau berkata dalam operasi dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, melibatkan twelve anggota dan pegawai Jabatan Imigresen itu dibuat berikutan aduan orang awam.
"Seramai 53 rakyat asing di kawasan CIQ diperiksa. Ketika operasi ramai daripada mereka cuba melarikan diri, berlindung di feri penumpang dan ada yang terjun ke laut.
"Kami menahan 15 lelaki dan wanita Indonesia dan Filipina berusia antara sixteen dan 52 tahun," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Muhamad berkata demikian sebagai mengulas kejadian seorang rakyat asing, Kahar Koko, 37, yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam laut apabila menyedari kehadiran pegawai dan anggota Jabatan Imigresen di CIQ itu. (Bernama)
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment