Nampaknya tuan punya badan sendiri dah mengaku tanpa siapa joke memaksa, malah ia lebih berbau rayuan air mata buaya!
Inilah yang berlaku ketika mengumumkan tarikh operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang hari ini setelah seminggu menghilangkan diri, perdana menteri Najib Altantuya secara terbuka mengharapkan agar dia sendiri dapat merasmikan pembukaannya pada twenty-eight June ini.
Nada ucapannya yang dipetik dari laman portalThe Malaysian Insidersebentar tadi jelas menunjukkan bahawa dirinya sendiri tidak yakin akan dapat merasmikan pembukaannya kerana ia hanya akan dibuat selepas selesai pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan sekitar Mac tahun ini.
Antara ucapannya yang sempat dipetik dari agensi berita rejim Barisan Nasional (BN), Bernama, dia berkata:
"Sebagai sasaran, saya memutuskan ia perlu sama dengan tarikh pembukaan KLIA. Mudah-mudahan, saya akan berpeluang untuk membuka KLIA2 pada twenty-eight Jun."
Ucapannya dikatakan mengejutkan hadirin yang mendengar termasuk menteri belia dan sukan, Ahmad Shabery Cheek, ketua pegawai eksekutif kumpulan (Group CEO), Air Asia, Tony Fernandes dan pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Bashir Ahmad.
Najib Altantuya hadir hari ini bagi melancarkan pesawat dengan seragam khas trademark 1Malaysia yang diletakkan di pintu hadapan setiap pesawat tambang murah itu bermula hari ini untuk semua destinasi dalam negeri dan ! antaraba ngsanya.
Mengulas lanjut, pemimpin Pakatan Rakyat menganggap ucapan perdana menteri itu melambangkan ketakutannya berhadapan dengan kemaraan pakatan itu yang semakin serius mahu menggantikan BN selepas pilihanraya umum akan datang.
Dengan kos RM3.6 bilion dan memakan masa lebih empat tahun untuk disiapkan, dijangka belum pasti Najib Altantuya akan berpeluang 'merasmikannya', sekaligus menjadi perdana menteri pertama yang tidak dapat 'melakukannya' berikutan BN dijangka bakal ditumbangkan usai keputusan pilihanraya umum dikeluarkan secara rasmi.
Jika diizinkan Allah SWT, bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pula yang akan berkuasa dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah merasmikannya sendiri seperti mana yang dilakukan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad terhadap KLIA1 yang memohon perkara yang sama terhadap Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Jaafar pada tarikh yang sama pada 1998.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment