BANTUAN.....Musa menyampaikan bantuan sekolah kepada salah seorang murid di Kg Nunuyun Laut.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KUMPULANpembangkang ibarat lirik dalam satu lagu klasik renouned 'Apa guna berjanji kalau tidak boleh ditepati' kerana pimpinannya asyik menjanjikan bulan dan bintang tanpa menyedari janji-janji mereka jauh sekali daripada tertunai.
Pembangkang boleh diibaratkan sedemikian rupa memandangkan halatuju mereka tidak menentu; manakan pula mampu menunaikan sesuatu janji yang sukar, apatah lagi rakyat kini semakin matang berpolitik.
Pembangkang jugaterbukti hanya pandai berkata-kata apabila masuk kampung dan keluar kampung seperti 'penjual ubat' tanpa memikirkan apa jua bentuk dakyah, mahu joke tohmahan yang dilemparkan belum tentu mempengaruhi rakyat.
"Rakyat sudah matang berpolitik dan tidak mudah terpengaruh memandangkan pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja; belum tentu mereka dapat menentukan kehidupan rakyat yang lebih selesa seperti dilaksanakan kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional atau BN.
"BN terbukti sebagai sebuah kerajaan yang menepati janjinya apabila pelbagai limpahan pembangunan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur sehinggalah kepad! a usaha menyediakan taraf pendidikan yang lebih baik dan bermutu ke arah melahirkan modal insan," Kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman.
"Saya yakin kepercayaan rakyat terhadap BN tidak pernah berbelah-bahagi kerana perjuangan kita tiada nokhtahnya. Kuasa yang ada adalah semata-mata bagi memakmur dan sekali gus memberikan keselesaan hidup kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini.
BERUCAP...Musa berucap di majlis tersebut menyelar 'Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin'
"Sesiapa joke tidak akan terpinggir termasuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar akan menikmati pembangunan yang dirancangkan menerusi konsep 'Janji Ditepati' seperti diilhamkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," jelasnya.
Musa menyatakan demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Mengundi Nunuyan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, kelmarin.
Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri itu turut meminta rakyat terutama ahli-ahli Umno supaya memperkemaskan jentera parti; termasuk mengenal pasti sebarang bentuk kelemahan khususnya di peringkat akar umbi.
Tambahnya, ia penting bagi membolehkan kekuatan parti tidak akan mudah dibolosi apatah lagi pembangkang kini berusaha menggugat BN dengan melempar dakyah-dakyah yang tidak berasas.
Kata beliau, pembang! kang san ggup berbuat demikian kerana tiada cara lain melainkan hanya mendakwa kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.
Musa yakin, pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan pula tidak bekerja.
Menurutnya, cara pembangkang berpolitik ini masih ditakuk lama apabila memainkan sesuatu pembangunan yang kerajaan BN sendiri sedangkan laksanakan demi kepentingan rakyat.
"Contohnya seperti Lajim Hj Okin dan Dr Jeffry Kitingan. Mereka ini tiada orang yang mempercayai mereka berdua kerana tukang lompat macam kodok. Kalau Jeffry Kitingan entah beberapa kali lompat parti. Mungkin ada kalau 10 kali. Inikah sifat-sifat seorang mahu jadi pemimpin yang tidak punya pendiriantetap dan mereka berdua ini pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak bernilai langsung di sisi masyarakat."
Lajim, kata Musa lagi, terlalu berangan-angan tinggi mahu menjadi Ketua Menteri Sabah jika partinya menang. Persoalannya, macam mana boleh jadi Ketua Menteri jika cakap Inggeris joke pelegak-pelegok.
"Yang dia tahu, hanya menyebut perkataan "actually ...actually". Itu sahaja yang dia fasih bertutur Inggeris. Bikin malu saja sama orang Sabah. Kelulusan baru SRP, angan-angan macam Mat Jenin. Temberang sana sini dan cakap tidak serupa bikin."
Tambah Musa lagi, pembangkang cakap itu dan ini, seolah-olah mereka pula yang lebih pandai. Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya.
"Nanti ada lagi BR1M 2.0 yang bakal diagehkan selain macam-macam bentuk bantuan serta inisiatif yang kerajaan kita sedangkan laksanakan," ujar Musa.
Pada majlis itu, Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Nege! ri (Adun ) Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran turut meluluskan permintaan penduduk di Kampung Pulau Nunuyan Laut yang memerlukan sebuah dewan serbaguna.
Beliau juga turut menyampaikan keperluan beg-beg sekolah kepada kanak-kanak di perkampungan berkenaan yang memulakan persekolahan pada awal minggu ini.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris; Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Haji Mahiruddin; Ketua Pemuda Umno Libaran, Suhaimi Hj Nasir; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain dan Ketua Daerah Mengundi Nunuyan, Kapoh Dau serta Guru Besar SK Nunuyan Laut, Mohd Busrah Nordin.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment