PANAS! Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Ditangkap?



Pembantu khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan antara tiga individu yang ditahan kerana dipercayai cuba merasuah seorang lelaki RM30,000 sebagai suapan bagi menarik balik laporan polis berkaitan gangguan seksual terhadap isterinya.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan hadir bersama ketika penyerahan wang suapan yang dilakukan di sebuah restoran di pulau itu kira-kira pukul eleven malam kelmarin.

"Lelaki itu hadir di restoran tersebut bersama dua lagi individu dan menyaksikan penyerahan wang yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian ditahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hasil maklumat awam," kata sumber itu kepadaMingguan Malaysiadi sini hari ini.

Dipercayai, pegawai khas tersebut merupakan pegawai yang berkhidmat dengan timbalan ketua menteri 1, Mansor Othman yang merupakan ADUN Penanti.

Ketika ini, SPRM belum mengesahkan penahanan tersebut dan dijangka akan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. - Jalan Pulang
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: