Pengguna air Selangor, Wilayah Persekutuan disaran fail tuntutan terhadap SYABAS Dr Xavier Jayakumar


4 JAN Kerajaan Negeri mengesa pengguna-pengguna di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang terlibat ekoran kerosakan pam air di Rumah Pam Wangsamaju dan Pudu Hulu Baru segera menfailkan tuntutan ekoran kepayahan rutin harian mereka disebabkan gangguan air beberapa hari yang lalu.

Diberitakan bahawa lebih 100,000 akaun pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan air sejak 6 hari yang lalu yang dijangka berterusan seminggu lagi.

Ini berikut kegagalan dan kecuaian SYABAS menyelenggara 5 section pam di rumah pam tersebut.


Rakyat harus diberikan penjelasan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukannya kerajaan Negeri seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air.

Kerajaan Negeri bersedia menjadi saksi kepada Pengguna bagi menfailkan tuntutan terhadap SYABAS dengan membekalkan beberapa dokumen laporan siasatan terhadap kecuaian SYABAS menyelenggarakan section pam pam serta peralatan berkaitan.

Semakan menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang situasi kekurangan air di kawasan yang terbabit kerana Rumah Pam Wangsa Maju menerima dan mengagih air terawat dari Loji Rawatan Air Wangsa Maju (kapasiti 41 Juta Liter Sehari (JLS), Loji SSP1 (950 JLD) dan Loji SSP3 (800 JLS). Jumlah keseluruhan ialah 1,791 Juta Liter Sehari pada hari-hari biasa adalah jauh lebih mencukupi untuk kegunaan kawasan terbabit.

Kerajaan Negeri berharap dengan menfailkan tuntutan tersebut, SYABAS akan sedar dan bertanggungjawab terhadap penjagaan peralatan di fasiliti-fasilitinya demi menjamin bekalan air yang sempurna dan berterusan kepada pengguna di masa-masa akan datang.
SYABAS tidak sepatutnya men! jadikan rakyat sebagai "tebusan" dalam agenda "mereka cipta" krisis air di Selangor ekoran keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan projek pembinaan Loji Langat 2.

Kerajaan Negeri ingin tegaskan bahawa kegagalan pam beroperasi di rumah-rumah Pam dibawah kendalian seratus peratus SYABAS tidak ada kena mengena dengan pembinaan Loji Langat 2 seperti yang digembar gemburkan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: