MERAH HIJAU KUNING HITAM
PUTEH JINGGA
SEMUA TURUN KE JALAN RAYA
NAJIB RAZAK LANTIK SYARIKAT ALI BABA DAN SYARIKAT PEMBUAT BERUS GIGI UNTUK MEMBINA PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") dianugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 June 2005 yang disertakan bersama.
Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design as well as build) sebuah kolej latihan tentera.

Menteri Pertahanan semasa kontrak ini dianugerahkan kepada Awan Megah adalah! Dato' S eri Najib Tun Razak. Oleh itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keputusan untuk melantik Awan Megah.
Awan Megah adalah syarikat yang dimiliki oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Sehingga kini, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Awan Megah seperti mana rekod terkini SSM bertarikh twenty-three Mei 2012.
Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif.

Awan Megah hanyalah syarikat Ali Baba yang dilantik Dato' Seri Najib Tun Razak dan diberikan 223.33 ekar tanah lumayan. Oleh sebab itulah, Awan Megah terpaksa melantik sebuah syarikat lain sebagai "rakan kongsi" untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu.
"Rakan kongsi" yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada twenty-one Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi.
1.Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah
2.Pembayaran reward kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd
3.Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip! Sdn Bhd
Saya merumuskan bahawa GuppyUnip Sdn Bhd menanggung keseluruhannya kos pembinaan Puspahanas dan kos pembangunan tanah 223.33 ekar itu kerana Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor hanyalah membuat keuntungan atas angin. Keadaannya sekarang samalah seperti keseluruhan projek dan tanah-tanah ini telah diserahkan kepada GuppyUnit Sdn Bhd.
Lebih memeranjatkan, GuppyUnit Sdn Bhd bukanlah syarikat yang berpengalaman dalam bidang pembinaan. Semakan dengan SSM menunjukkan bahawa syarikat ini hanyalah ditubuhkan pada 9 Disember 2009 (dokumen SSM disertakan bersama).

Kesimpulannya:
1.Dato' Seri Najib Tun Razak melantik Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor yang tidak pernah menjalankan apa-apa aktiviti untuk merekabentuk dan membina Puspahanas, lalu dianugerahkan tanah seluas 223.33 ekar
2.Secara tidak langsung, Dato' Seri Najib Tun Razak juga telah melantik sebuah syarikat pengel! uar beru s gigi untuk membina Puspahanas dan menyerahkan tanah 223.33 ekar kepada syarikat ini
Ini adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera yang berkorban demi rakyat. Ia juga perlakuan rasuah dan penyelewengan secara terang-terangan yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak yang wajib disiasat dengan segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 JANUARI 2013
DICATAT OLEHTUKAR TIUB
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment