Pegawai HEP Perak memukul pelajar di Mesir. Kronologi peristiwa.


oleh: DM Deth Mustaine

KRONOLOGI PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR PERAK MESIR MEMUKUL PELAJAR PERAK MESIR
Kalam YDP : Pegawai Pukul Pelajar
KRONOLOGI PEGAWAI PUKUL PELAJAR PERAK MESIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,
Pada 19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.
Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci. Setelah gagal mendapat respon yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.
Setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut. Dengan tindakan tersebut, dua orang pelajar yang juga merupakan AJKT KPIPM terus berjumpa dan cuba berbincang dengan memohon penjelasan daripada beliau di pejabatnya.
Setelah perbincangan dilakukan, Pegawai HEP tidak dapat memberikan alasan yang munasabah bagi menyokong tindakan yang beliau lakukan. Namun, perkara amat dikesali ada! lah apab ila ketika perbincangan tersebut, beliau gagal menunjuk akhlak dan syakhsiah sebagai seorang pegawai yang professional.
Setelah itu, kedua-dua pelajar tersebut mengambil keputusan untuk beredar dari pejabat HEP tersebut. Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.
Dengan tidak semena-mena beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut tanpa menyatakan sebarang sebab. Setelah itu, pelajar tersebut terus beredar daripada Wisma Darul Ridzuan B.
Rentetan daripada itu, saya selaku Yang Dipertua KPIPM mengambil tindakan dengan berjumpa sendiri pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat sebenar. Di dalam perjumpaan tersebut beliau sendiri menyatakan bahawa beliau memang memukul pelajar tersebut. Namun yang mendukacitakan adalah tiada sebarang permohonan maaf di atas kelakuan beliau.
Seluruh tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu, tidak sedikit pun menunjukkan beliau mempunyai kredibiliti serta dignified sebagai seorang pegawai yang diamanahkan oleh pihak kerajaan. Ini juga tidak sehaluan dengan laungan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Laungan ini juga seperti dibakul sampahkan sekiranya laungan itu hanya retorik semata-mata.
Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa.
Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa.
Mari sama-sama kita teguhkan ukhuwah, satukan fikrah demi mencapai cita-cita dalam mendalami ilmu dan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah ! S.A.W.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013
-- media perak
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: