Gelombang Tsunami dibumi Perak.



One two three four
Satu dua tiga empat
Kak ros cincin besor
Orang batu kurau, apa dapat?

UMNO dan BN sah berkubur di Perak. Laungan INI KALILAH bergema dari rakyat. Secara spontan dan sukarela. Malam tadi rakan2 dan saya berceramah di pasar selasa Batu Kurau. Jumlah yang datang mendengar, yang duduk, berdiri dan bersila amat menaikkan semangat. Wanita ramai.Bila wanita ramai, itu petanda UMNO akan bungkus. Wanita UMNO nak masuk kampung2- mereka malu bila disebut sebagai gembala lembu NFC dan pemaju Puspahanas. Macam anjing buruk kepala wanita UMNO kerana skendel NFC dan Deepakgate.

Macam ini diperlakukan, orang Melayu masih nak pilih UMNO?

Kita sokong Fauzi Shaari (Melayu) untuk parlimen Larut, kita sokong Ustaz Nazri Din(Melayu) untuk DUN Kubu Gajah, Fadzil Ilyas (Melayu) untuk Batu Kurau dan Ustaz Akmal(Melayu)untuk DUN Selama. Semua hebat dan berkelulusan.Semua mereka ini orang Melayu. Dimana ruginya orang Melayu kalau mereka ini semua dimenangkan? Melayu jugak yang menjadi pemimpin mereka.Bukan Melayu dalam UMNO sahaja yang Melayu.

Matilah UMNO. Kelmarin semasa berceramah di Batu Gajah, MC nya seorang jurutera. Yang hendak jadi calun DUN pemegang Masters in Materials Engineering. Untuk berkhidmat kepada bangsa Melayu, UMNO menawarkan bekas ketua kampong, pegawai kemas, lulusan SPM, guru sekolah rendah. Semua pancaran hati nurani Najib.

Wahai bapa2 dan ibu kaum Melayu.- mahukah kamu diwakili oleh tokoh yang berkaliber atau yang matlaon?

Menggunung mana pun BR1M, vaucer buku, wang untuk orang bujang, kita akan sama2 membaca talqin untuk UMNO. Sah lah nombor 11 yang Najib suka adalah lambang batu nesan UMNO. Tahun 2013 dan PRU ke13 adalah tahun malang kepada UMNO. Mati UMNO! Hidup Melayu. Mati UMNO! Merdeka Melayu.

Semasa muda2 dahulu, ada rangkap sajak comrade Kassim Ahmad yang saya ingat sampai sekarang- sekian lama kita mati dalam setia, kali ini kita HIDUP dalam DURHAKA!

Pemerintah yang zalim, yang korap, yang rasuah dan yang berkelakuan dictator, wajib kita durhaka. Raja adil raja disembah. Raja zalim raja disanggah. Nabi Muhammad ada berkata: muliakan akan kamu akan Sultan(baca pemerintah) dan besarkan kamu akan dia. Maka bahawasanya ia adalah ketinggian Allah dan bayangan Allah didalam bumi, selagi keadaan nya ADIL.

Bukan saya kata. Bukan ustaz PAS kata. Bukan ustaz PKR kata. Nabi Muhammad SAW kata.

Orang Melayu yang beragama Islam hanya perlu sedarkan perkara ini. Orang lain gunaismul Allah atau tidak, yang penting nya, aqidah kita, kita jaga. Jangan kita terpedaya dengan tektik UMNO mengalih tumpuan kita dari matlmat yang lebih besar iaitu menumbangkan UMNO.

Sikap PAS terhadap penggunaan nama Allah mesti dilihat dari segi kesediaan PAS mempertahankan orang lain mengamalkan agama mereka. Kerana agama2 lain- nasrani dan yahudi pun turut sama sama memuliakan Allah yakni Tuhan yang esa.

Pengajaran dari ayat 40 surah Al Hajj kepada kita amat signifiken. Allah ada sebut , jika lah tidak Allah mengadakan suatu golongan menyekat perbatan jahat satu golongan lain, maka sudah pasti geng2 jahat ini akan membinasakan masjid, gereja dan sinagog yang didalam tempat2 ini, ismul Allah disebut dengan banyak nya.

Lihat apa jadi kalau kita tidak bangkang golongan UMNO? Pemborong atau kontraktor upahan UMNO- Brahing Ali menganjurkan kita bakar Injil.Tindakan Ibrahim Ali is zero though the pitiable 11thhour try to beg UMNO select him as the candidate.

Posted by sakmongkol AK47
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: