UMUM tahu, Azhar Idrus ini penceramah agama yang tiada tauliah, tiada ijazah dan tiada kelayakan langsung untuk mengajar agama. Sekolah joke di sekolah Inggeris, sekolah pondok joke tak pernah, Universiti Al Azhar apatah lagi. Tapi sebab dia ada pengetahuan sikit (mungkin berguru) dan gemar melawakkan agama sehingga buat orang ramai ketawa, maka jadilah dia popular.
Antara lawak bodoh Azhar Idrus yang penulis pernah dengar ialah soalan kenapa orang perempuan tidak boleh masuk kawasan kubor, jawab Azhar Idrus sebab orang itu tak mati lagi!!! Tak ke bodohnya lawak, sejak bila pula nak masuk kawasan kubor kena mati dulu?
Tapi, biasalah orang Malaysia, trend sekarang memang suka tengok lawak jenaka, itu yang Maharaja Lawak laku, rancangan realiti macam menyanyi semua dah tak beberapa nak diperhatikan orang.
Bagaimapun, kepopularan Azhar Idrus sekarang ini disalahgunakan untuk kepentingan parti politik oppurtunis macam PAS, yang kita tahu gemar cari jalan singkat untuk mendapatkan penyokong, antara lain menggunakan orang yang diketahui mempunyai pengikut dan peminat mereka sendiri macam bekas-bekas artis, tidak terkecuali Azhar Idrus inilah.
Maka itu tidak hairanlah kenapa baru-baru ini bila kecoh di alam maya Azhar Idrus dipetik sebagai berkata undi UMNO masuk neraka kerana meluluskan lesen judi dan arak ramai melihat kenyataan itu saling tak tumpah macam Amanat Hadi yang menjustifikasikan kenapa UMNO ini perlu ditolak dan PAS itu perlu disokong.
Penulis tidak rasa Azhar Idrus ini terlalu bodoh, sehingga tak tahu bahawa PAS, PKR dan DAP juga meluluskan lesen judi dan arak di negeri yang diperintah masing-masing. Malah kalau nak jadikan contoh di Selangor ini, bukan itu sahaja yang dilulu! skan tap i ada tambahan iaitu lesen rumah urut yang diantaranya menyediakan urutan B2B (body to body).
Soal lesen baru atau memperbaharui lesen, itu soal lain. Yang penting sudah jadi kerajaan negeri, kuasa dalam tangan, kalau mahu tidak sambung lesen joke boleh.
Tapi bila Azhar Idrus mengenepikan itu dan menyebut UMNO sahaja, maka kita sudah nampak dia menyebarkan fahaman politik PAS dan bukan sangat nak mengajar agama yang mana dia memang takdak kelayakan pun.
Hakikat bahawa lesen judi dan arak yang diluluskan kerajaan UMNO adalah untuk meraikan kehendak 40% rakyat bukan Islam di negara ini (tidak termasuk pelancung asing lagi tu), bukan orang Islam, diketepikan begitu saja oleh Azhar Idrus. Bukan dia tak tau, saja buat-buat tak tau, sibodoh ni.
Tak tahulah apa pandangan orang bukan Islam dengan fatwa Azhar Idrus ni.
Dengan Nik Aziz hampir-hampir putus nafas, rasanya kunci syurga dan neraka sudah dipindah milik kepada Azhar Idrus sekarang. Di tangan Azhar Idruslah yang menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka.
Sebetulnya penulis tak faham apa pendirian macai PAS dalam soal menuduh UMNO kafir, tolak Islam, masuk neraka dan sebagainya ni? Kalau menyokong, kenapa bila Nik Aziz kata UMNO ini tolak Islam dalam muktamar lepas, masing-masing (termasuk Nik Aziz sendiri) pakat nafi dan tuduh Utusan fitnah?
Begitu juga Amanat Hadi, kenapa masing-masing pakat tak mengaku?
Bila ada beruk macam Azhar Idrus ini keluar kenyataan macam itu, masing-masing ambil matter itu dan jadikan rujukan pulak?
Nak dijelaskan kepada para biol-biolan ini, syurga dan neraka kuasa Allah swt untuk menentukan siapa yang masuk dan siapa yang tidaknya, bukan Azhar Idrus. Ini perkara asas yang semua orang mengaku Islam patut tahu. Orang macam Azhar Idrus ni, patut diludah saja sebab cuba-c! uba nak ambil alih kuasa tuhan.
Sumber: MyKMU
No comments:
Post a Comment