PANAS BERAPI! WACANA INTELEK IDR BANTU REALISASI GAGASAN PERAK AMANJAYA

Bagi merealisasikan matlamat gagasan Perak Amanjaya, Institut Darul Ridzuan (IDR) hari ini menganjurkan sebuah wacana intelek yang mengupas konsep keamanan dengan tajuk Quranic Concept of Peace And Its Relevance To Multi Religious Society yang disampaikan oleh tokoh ilmuwan Islam, Profesor Dr Mahmoud Mustafa Ayoub.

Program yang berlangsung di Dewan Bankuet, SUK itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Dalam forum terbabit, Dr Mahmoud menegaskan Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan.

Dalam Islam, konsep keamanan diketengahkan, Islam sendiri bermaksud keamanan, keselamatan dan penyerahan.

Aslama atau Salama ialah perkataan yang membawa maksud penyerahan diri secara menyeluruh kepada Allah S.W.T, katanya ketika menyampaikan forum pada majlis tersebut.

Malah, konsep keamanan juga turut diperkenalkan dalam fahaman agama yang lain, katanya.

Dalam globalisasi barat, konsep keamanan dipengaruhi oleh satu keadaan di mana tidak berlaku peperangan. Realitinya ia membawa kepada keadaan di mana manusia mempunyai kesihatan yang baik dan berada dalam keadaan selamat, jelasnya.

Baca seterusnya di Perak Today

No comments: