Peraturan persembahan di Kedah menyebabkan DAP melompat dan segera mempamerkan belang sebenar mereka, apatah lagi cubaan untuk menambah kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi parti tersebut di Kedah, telah ditolak mentah-mentah oleh Azizan Abdul Razak sebelum ini.
Kerajaan PAS Kedah telah mengeluarkan garis panduan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang melarang wanita daripada membuat persembahan.
Teo Nie Ching, Penolong Setiausaha Publisiti DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Serdang, menganggap peraturan berkenaan sebagai MENGARUT, TIDAK BOLEH DITERIMA dan KETINGGALAN ZAMAN. Menurut Teo Nie Ching yang pernah memberikan tazkirah di dalam masjid di Selangor tidak lama dahulu, garis panduan tersebut bukan sahaja tidak menghormati hak bukan Islam, tetapi juga diskriminasi terhadap wanita. Justeru, Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS perlu mengkaji semula dan membatalkan garis panduan tersebut.
Sebenarnya, tiada apa-apa yang perlu dihairankan dengan tentangan yang ditunjukkan oleh Teo Nie Ching. Memandangkan Azizan Abdul Razak merupakan antara pemimpin PAS yang paling tidak disukai oleh Lim Guan Eng dan DAP, maka Teo Nie Ching ditugaskan untuk 'memberi teguran'. Jawatan Menteri Besar Kedah menurut pandangan DAP, hanyalah setaraf dengan jawatan Penolong Setiausaha Publisiti sahaja.
Teo Nie Ching juga mengingatkan Azizan Abdul Razak bahawa, ini bukanlah tindakan pertama yang merugikan Pakatan Rakyat daripada Kerajaan Negeri Kedah, sebaliknya Pakatan Rakyat terpaksa bekerja keras menyanggah kritikan hebat dari UMNO dan Barisan Nasional. Dan menurutnya lagi, gelagat yang ditunjukkan oleh Azizan Abdul Razak itu akan melemahkan peluang Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya akan datang. Malah tindakan tersebut juga akan menjauhkan ra! kyat dar ipada pentadbiran.
Read more....
No comments:
Post a Comment