Umno hantar orang ke Mesir untuk halang mahasiswa terlibat dengan persatuan, dengan niat dengan menyokong dan mengeluarkan bulletin milik mereka.
Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negeri, selagi mengambil biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak dapat bebas bergerak, mereka tetap dikongkong oleh kuasa Umno.
SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE:http://www.youtube.com/watch?v=55nfAGVPWEc
Dua NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid nineteen Januari lalu.
Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu.
Pengarah IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar Muhaimin dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.
Menurutnya, pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.
"Muhaimin dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak Mesir disana.
"Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.
Jelas beliau, pihakny! a mendap at pelbagai maklumat terperinci tentang kelakuan dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap mahasiswa Perak di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut.
"Kami mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.
"Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri," Jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan bulletin Umno Perak di Mesir.
Hafez Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda UMNO di Mesir.
Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment