Sekeping gambar menjadi kontroversi apabila wujud salib, soap-box bersalib, penceramah bermata sepet dan piano di penjuru sebelah kanan dewan. Asal mula gambar berkenaan, beredar di dalam group WhatsApp dan BBM. Kemudian dipindahkan ke Facebook.
Kenyataan di dalam Facebook menyatakan, ia adalah gambar yang dirakamkan di dalam sebuah gereja dan dalam ceramah seorang paderi dalam proses awal pemurtadan umat Islam, khususnya golongan muda.
Beberapa jam kemudian, sebuah blog pro-Pakatan yang telah berulang-ulang kali dikantoikan kerana menipu dan melakukan peng'edit'an gambar, menyiarkan gambar yang sama, tetapi mempunyai perincian yang telah berubah sama sekali.
Dalam gambar terbaru, salib besar yang terletak di sebelah kiri telah 'hilang' sekalipun pencahayaan pada dinding tempat salib tersebut 'dihilangkan' tidak sekata dan kelihatan seperti disorot oleh dua biji lampu kalimantang.
Gambar ori tapi tak jelas?
Gambar 'edit' tapi walaupun selepas capture, masih jelas?
Bagi yang pernah menghadiri kursus pra perkahwinan, dewan atau bilik tempat diadakan kursus biasanya tidaklah sebesar mana dan tidak mempunyai piano pun. Bagaimanapun, dalam gambar yang dikatakan tulen oleh pecacai Pakatan yang mana RESOLUTIONnya telah dikecilkan manakala saiz (width dan height) telah dibesarkan menjadikan gambar asal berkualiti lebih teruk berbanding gambar edit, saiz dewan lebih besar dan terdapat pula piano.
Sebenarnya, alasan bahawa ia sebenarnya adalah module pra-perkahwinan yang digunakan oleh para pecacai Pakatan Rakyat, jelas membuktikan ketergesaan mereka untuk melakukan pembelaan.
Adalah lebih baik sekiranya mereka mengatakan bahawa module tersebut sebenarnya adalah module ko-kurikulum yang diadakan di sebuah dewan SEKOLAH MUBALIGH manakala lelaki bermata sepet yang sedang memberikan ceramah itu sebenarnya adalah guru besar atau pengetua sekolah tersebut. Perempuan-perempuan bertudung itu pula adalah pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Dan sememangnya di kebanyakan sekolah mubaligh, terdapat salib besar di sebelah kiri dewan perhimpunan dan piano di sebelah penjuru kanan hadapan dewan.
Mengapa tak g! una alas an tu?
No comments:
Post a Comment