VENDOR KOSAN LONJAK PENDAPATAN




PESERTA......Kelihatan Setiausaha KOSAN, Gabriel Lohuban (kanan) dan Timbalan Pengerusi, Haji Ghulabdin Enjih (berdiri keempat dari kiri), Pengurus Kilang KOSAN Tuaran, Johannis Saliun dan Bendahari KOSAN, Hassan Mansoor (duduk kedua dari kiri) bergambar dengan sebahagian Peserta Vendor KOSAN di Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kudat.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KUDAT: Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) akan meneruskan Program Vendor kepada golongan belia dan beliawanis di negeri ini untuk memberikan peluang kepada mereka memperolehi pendapatan sampingan serta mampu berdiri di kaki sendiri tanpa mengharap bantuan dari mana-mana pihak.

Setiausaha KOSAN, Gabriel Lohuban ketika ditemui di sini menyatakan, Program Vendor yangdimulakan sejak tahun 2007 telah dapat memberikan peluang kepada hampir 500 golongan belia dan beliawanis di merata daerah di negeri ini. Selain itu KOSAN juga telah memberikan peluang kepada Persatuan Ibu-ibu Tunggal di Daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Daerah Kecil Matunggong untuk menyertainya.
"Menerusi Program Vendor seperti ini, para peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran diri dalam bidang jahitan, malahan mereka juga berpeluang untuk menambah pendapatan harian kerana KOSAN akan memberikan pembayaran sebanyak RM1.50 terhadap setiap helai jahitan yang telah dihasilkan," kata Gabriel lagi.

Beliau menyatakan peserta Vendor yang terdiri dari kalangan Belia dan Beliawanis yang rata-ratanya berusia di anatara sixteen tahun hingga twenty-six tahun; manakala ibu-ibu tunggal yang menjadi pesertanya, ada yang berusia semuda eighteen tahun hingga twenty-six tahun.

Gabriel memberitahu demikian ketika ditemui selepas melawat peserta-peserta Vendor KOSAN yang dikelolakan oleh Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kudat di sinp pada Khamis lepas. Turut serta dalam lawatan itu termasuklah Timbalan Pengerusi KOSAN, Haji Ghulabdin Enjih; Bendahari KOSAN, Hassan Mansoor dan Pengurus Kilang Pakaian KOSAN Tuaran, Johannis Saliun.

Lawatan dan pertemuan ringkas itu turut dihadiri oleh Ketua Pembimbing Kelas Latihan Peserta Vendor Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kudat, Puan Angeline Tekok.

TINJAUAN......kelihatan Timbalan Pengerusi KOSAN, Haji Ghulabdin Enjih sedang meninjau sebahagian peserta Vendor yang sedang melakukan jahitan mereka. Turut kelihatan Ketua Pembimbing, Puan Angeline.

Sementara itu Timbalan Pengerusi KOSAN, Haji Ghulabdin Enjih berkata, KOSAN berharap Program Vendor seperti itu akan mampu membawa pembangunan insan dan pembangunan kemasyarakatan kepada golongan sasar seperti belia dan ibu tunggal; terutama dalam mendidik mereka untuk berdikari serta membantu menjayakan mereka untuk menghadapi masa hadapan yang lebih cemerlang.

Dalam pada itu Haji Ghulabdin menyeru kepada belia dan beliawanis serta Ibu-ibu Tunggal yang berada di kawasan luar bandar supaya menya! mbut bai k program Vendor ini dengan menjadikan peluang ini untuk mengharap pendapatan sampingan bagi membantu menjayakan kehidupan keluarga.

Katanya, pihak Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KOSAN akan terus berusaha untuk menambah lebih banyak kuantiti pakian dan jahitan untuk diberikan kepada semua peserta Vendor di seluruh negeri pada tahun depan.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: