Saudara Pengarang,
PADA 7 Oktober 2012, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop telah memberitahu Dewan Rakyat Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk wanita pekerja asing di Pusat Hiburan dan Rumah Urut melainkan pekerja dalam kategori SPA.
Manakala 25 Nov 2012, Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Mohammad Mentek berkata assent wanita warga asing untuk bidang SPA dan Refleksologi akan dibekukan pada awal tahun 2013 setelah mengambil kira pelbagai masalah sosial yang menglibatkan pekerja warga tersebut.
Pihak berkuasa kerajaan negeri telah bersetuju dengan keputusan itu memandangkan banyak aduan yang diterima menglibatkan perkhidmatan tidak bermoral yang ditawarkan, termasuk khidmat seks di rumah urut.
Kami mengucap "SYABAS" kepada Pengarah Imigresen Sabah membekukan assent warga asing bekerja di rumah urut dan SPA.
Di sini, kami penduduk Labuan ingin bertanya apa tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa seperti imigresen. Polis dan KDN bahagian pengurusan pekerja asing setelah Timbalan Menteri KDN telah mengatakan imigresen tidak mengeluarkan pas kerja untuk wanita asing bekerja di pusat hiburan di Malaysia.
Di Labuan kini sebuah pusat hiburan ada 10 hingga 60 GROs atau lebih dikenali sebagai Pelacur Berlesen.
Persoalannya, penduduk Labuan ingin bertanyakepada pihak berkuasa berkenaan:
Jika Imigresen tidak mengeluarka! n Pas wa nita asing untuk bekerja di karaoke dan rumah urut, jadi assent apa yang digunapakai untuk menjamin beratus wanita Filipina yang bekerja di karaoke dan beer hall di Labuan?
Tahukah pihak imigresen dan polis, Pusat hiburan di Labuan menjalankan kegiatan maksiat? Anda hanya bayar RM250 hingga RM350 boleh terus bawa keluar GRO ke hotel. Di Kuala Lumpur, jabatan penguatkuasa (JAWI) aktif dan tapi di Labuan macam tidur sahaja.
Kalau assent pelayan yang digunakan oleh taukeh pusat hiburan mengapa pelayan mereka tidak guna 'Uniform Dengan Tag Nama' dan juga mesti ada jadual tugas. Kedua, kenapa sebuah pusat hiburan perlu 10 sehingga 60 pelayan sedangkan 'Coffee House' road house 5 bintang hanya 3-5 orang untuk bekerja 8 jam. Kita tahu pelayan di Coffee House road house semua orang tempatan dan juga pakai unvaried dan tab nama.
Tiada sesiapa yang boleh menafikan pusat hiburan di Labuan tidak menjalankan kegiatan maksiat. Kita akan bongkarkan di surat yang akan datang siapakah pegawai yang melindungi taukeh Pusat Hiburan menjalankan kegiatan maksiat; siapa tauke pelacuran dan bapa ayam; mana satu karaoke atau beer hall yang paling ramai pelacur berlesen.
Sebelum kami membongkarkan isu ini, harap pihak berkuasa tersebut di atas akan bertindak segera dan batal semua assent pelayan yang disalahgunakan oleh taukeh pusat hiburan di Labuan.
Wahai semua penduduk di Labuan, sebelum PRU13 jika tiada sebarang tindakan diambil membatalkan assent pelacuran berlesen di Labuan, maka walaupun selama ini rakyat Labuan sayang dan taat pada kerajaan BN; terpaksa memberi peluang kepada Parti Pembangkang, sekurang-kurangnya 5 tahun kerana mahu mengubati luka di hati para isteri warga tempatan yang selama ini menderita kerana ditinggalkan suami atau diceraikan semata-mata kerana GRO.
Insaflah wahai pihak berkuasa yang bersekongkol dengan p! usat hib uran selama ini. Jangan sampai tauke pusat hiburan memberi duit wanita yang menjual 'lendir' atau 'daging mentah' kepada kamu dan bawa balik untuk makan anak dan bini. Bukan sahaja tidak halal, malah anak kamu akan jadi bodoh.
Salam hormat,
KUMPULAN PENCARI KEBENARAN LABUAN
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment