Kenangan Mengusik Jiwa : Thagarajah a/l Thagavelu Dakwa Najib Amal Amalan Agama Hindu'


Ekoran pendedahan terbaru oleh Deepak, beberapa blog menerbitkan semula Akuan Bersumpah (SD) PI Balasubramaniam (SD asal sebelum ditarik semula dan diganti dengan SD baru yang dipertikaikan oleh Bala) yang mengaitkan Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan beberapa anggota keselamatan pengiring Najib, terdapat satu lagi SD yang diikrarkan oleh Thagarajah a/l Thangavelu yang dibuat pada 22 Ogos 2008.

Di dalam Akuan Bersumpah berkenaan, Thagarajah mendakwa Najib mengamalkan ajaran agama Hindu. Perkara ini pernah ditulis oleh blogger Raja Petra Kamarudin dengan tajuk "Najib: Muslim by birth, Hindu by practice".

Berikut disiarkan semula Akuan Bersumpah berkenaan untuk makluman kita bersama.

Terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu (Kredit terjemahan: Mat Saman Kati)

Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-

Saya bekerja sebagai pemandu.
Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan ("Datuk Nalla") sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.

Kenneth Eswaran Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat D! atuk Ser i Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.

Melalui Datuk Kenneth Eswaran (gambar), Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji ke rumah Datuk Seri Najib.

Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara di rumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa 'Ammavasi', yang mana merupakan masa di mana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu di mana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut agama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan di atas daun pisang.

Api sembahyang akan dinyalakan di dalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk di tengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka daripada kerja-kerja kejahatan.

Seperti yang saya katakan, semua bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya ke rumah Datuk Seri Najib, baik di Jalan Duta atau pun di kediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain di dalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir pada setiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.

Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji ke pekarangan tempat mengundi di Ijok di mana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.

Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan un! tuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini! dan tan gkal di dalam ataupun pekarangan tempat mengundi di Permatang Pauh.

Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh di dalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.

Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka daripada perkara-perkara jahat. Pada satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.

Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub di dalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.

Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033)



Read More @ Source



More Bari! san Nasi onal (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: