Rebat telefon untuk tolong syarikat kroni Umno, bukan anak muda


(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR twenty-seven Disember: Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.

"Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini.
"Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500," kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.
Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 Sep lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara twenty-one hingga 30 tahun.
Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.
Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.
"Syaratnya tidak ikhlas. Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa. Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda," katanya.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih 'pintar' dengan melebar saluran internet percuma.
"Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar ! internet setiap kawasan," katanya.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: