MEDIA.....Hakam ditemui media di majlis pelancaran pengembaraannya pada 23 Nov lalu di Jawa Timur Kabupaten Malang, Indonesia.
Oleh :ZAKARIA DAMIT
KOTA KINABALU: Hanya berbekalkan wang tunai RM500, Mee segera serta menghafal Peta Google membantu pengembara solo berbasikal'Hakam Maburi, 30, dari Jawa Timur Kabupaten Malang, Indonesia untuk sampai ke negeri ini.
Memulakan perjalanan pada 23 Nov 2012 lalu dari Jawa Timur semata-mata untuk merealisasikan dua impiannya iaitu meraihkan 'Ulang Tahun Pemerintahannya kampung halamannya selama 1252 tahun serta memberi kesedaran terhadap kepupusan penyu di kepulauan Borneo'.
"Saya sudah melalui lebih 1620 kilometer secara solo, alhamdulillah tanpa membawa ubat-ubatan dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, begitu juga tanpa ada sebarang masalah pada basikal ini.
"Dalam perjalanan ini, saya dapati banyak telur di jual dan curi manakala daging penyu di jual secara haram manakala didapati bekas penyu dipotong ditemui.
"Saya juga mendapat maklumat daripada orang ramai sepanjang perjalanan wujud penjualan secara haram telur penyu di daerah Sandakan namun tiada kesempatan ke sana, Insallah di lain masa," katanya kepada media selepas tiba di Kota Kinabalu, kelmarin.
Hadir sama dalam majlis itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah! , Datuk Nordin Siman.
Hakam berkata, sepanjang perjalanannya rata-rata orang ramai ada yang boleh menerima apa maklumat berkaitan kepupusan penyu namun ada juga tidak dapat menerimanya.
Ketika diminta mengulas mengenai perjalanannya, beliau hanya menghafal 'Peta Google' selama sejam ketika di pihak Konsul Indonesia di daerah Tawau pada sebelah malamnya.
Pada keesokkan beliau meneruskan perjalanan dari daerah tawau melalui jalan Kalabakan, Sepulut, Keningau, Tambunan, Penampang dan Kota Kinabalu tanpa sesat dalam perjalannya.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Imigresen, Kastam Sabah serta Konsul Indonesia begitu banyak membantu melancarkan perjalanan sehingga sampai ke Kota Kinabalu tanpa ada sebarang masalah tidak diingini berlaku."Jalan Kalabakan menghala ke Kota Kinabalu agak mencabar berikutan banyak bukit-bukau, disamping gangguan daripada lalu lintas, namun ianya tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu," katanya.
Beliau menghabiskan kayuan basikal sejauh lebih 350 kilometer untuk sampai ke Kota Kinabalu dengan berhadapan pelbagai rintangan termasuk faktor cuaca panas, hujan serta gangguan lalu lintas kenderaan berat.
Ketika ditanya mengenai persiapan fizikal dan mental serta cara memperoleh dana pengembaraan ini Hakam berkata, beliau menjual baju misi perjalanannya melalui laman facebook bernilai RM30 tanpa ada sebarang bantuan daripada kerajaan Indonesia.
Bagi penginapan pula Hakam akan bermalam di kawasan lapang menggunakan khemah kecil serta makan Mee Segera untuk menjimatkan wang bagi kegunaan ke destinasi seterusnya.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment