Bermula dengan cuma 500 orang yang berkumpul di perkarangan letak kereta berhadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, kini sudah dianggarkan lebih 2,500 peserta tuntutan berarak mara diiringi pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan kepada mereka.
Antara pemimpin yang hadir termasuklah penganjur himpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua.Tidak ketinggalan, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi KEADILAN Johor, Chua Jui Meng.
Hadir sama, phli parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha; ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, ahli parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.
Difahamkan, rundingan baru selesai dijalankan antara 10 pemimpin yang dibenarkan masuk ke dalam bangunan JPN.
"Kami juga akan berkhemah depan JPN dan tidak berganjak selagi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan aku janji bagi menyelesaikan masalah ini," kata Surendran kepada Keadilan Daily.
Bercakap dalam kenyataan sebelum ini, Surendran dan dua lagi Naib Presiden Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar berkata, masalah tersebut melibatkan semua rakyat dan menjadi kelaziman di kalangan rakyat berketurunan India.
Menurut mereka, sebahagian besar rakyat tanpa warganegara tersebut lahir daripada ibu bapa rakyat Malaysia dan menjalani keseluruhan kehidupan di negara ini.
"Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Per! sekutuan , mereka merupakan warga yang sah secara perundangan dan berperlembagaan," tambah kenyataan itu.
Kata mereka, kerajaan BN enggan mengeluarkan kad pengenalan biru kepada golongan tersebut dan secara terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia.
Surendran berkata, tindakan menafikan hak rakyat yang sememangnya layak mendapat taraf kerakyatan adalah bertentangan dan memungkiri hak asasi.
Katanya, ia adalah perkara yang serius kerana mengundang pelbagai masalah kepada kaum itu. "Kita menggesa kerajaan agar hentikan diskriminasi terhadap mereka dan selesaikan segera perkara ini.
"Sebagai penduduk yang dilahirkan dalam negara dan menetap di sini berpuluh-puluh tahun, sepatutnya mereka secara automatik diberi kewarganegaraan.
"Penafian ini bukan sahaja memberi masalah kepada mereka, tapi juga untuk anak-anak apabila tidak dapat bersekolah kerana bukan warganegara. Mereka juga tidak memperoleh perkhidmatan dan faedah seperti masyarakat lain kerana masalah ini," katanya.
Paling mencuri tumpuan adalah kad besar dengan nama Najib a/l Razak jelas diangkat tinggi bagi menunjukkan kesabaran mereka sudah sampai ke tahap maksimum.
Ada di antara mereka bukan setakat bangsa India tetapi turut disertai kaum Melayu yang dinafikan hak yang sama. Najib dikhabarkan tidak masuk ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu setelah dimaklumkan dan atas nasihat kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi.
~keadilandaily
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment