HOT ! SABOTAJ SYABAS ' Air Percuma Pangsapuri ' TERBONGKAR !!!

Air Percuma Pangsapuri : Syarat SYABAS Sukarkan Penduduk

Mari kita tinjau kisah benar bagaimana penduduk-penduduk rumah pangsapuri disabotaj oleh SYABAS bagi permohonan Air Percuma . Padahal kos air percuma akan ditanggung oleh kerajaan negeri bukan ditanggung oleh SYABAS.

KLANG 9 DIS : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam menetapkan syarat ketat untuk permohonan proses migrasi scale pukal kepada individu merupakan punca utama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk pangsapuri tidak dapat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Berkongsi pengalaman dalam menguruskan permohonan itu, Pengerusi JMB Pangsapuri Bukit Kuda, Ahmad Ibrahim berkata Kerajaan Negeri sebenarnya banyak memudahkan urusan migrasi itu namun Syabas tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya selain meletakkan prosedur yang ketat.


Katanya, antara syarat yang dikenakan Syabas ialah memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik ia termasuk membuat permohonan baru melalui borang SMP(borang kebenaran tukar meter) bagi setiap individu dan menyediakan RM130 setiap rumah untuk membayar deposit scale air.

Selain itu, penduduk juga dikenakan syarat membayar jumlah keseluruhan bil tunggakan dan segala kos pembaikan paip serta pengubahsuaian scale ditanggung pemilik.

"Syarat yang ditetapkan itu sangat menyusahkan. Sewajarny! a mereka (Syabas) faham, untuk melaksanakan semua syarat itu bukan mudah, banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk dan JMB sendiri.

"Pengalaman saya dalam menguruskan permohonan itu memakan masa setahun baru ia selesai itu selepas ditolak beberapa kali oleh Syabas sehinggakan saya terpaksa ke Ibu Pejabat Syabas untuk berusaha mendapatkan air percuma," katanya kepada TV Selangor ketika ditemui.

Menceritakan lanjut, Ahmad berkata JMB pangsapurinya terpaksa mengeluarkan wang tabung pengurusan itu sebanyak RM15,000 untuk didahulukan bagi membayar bil tunggakan.

Katanya, tidak cukup dengan itu, beliau terpaksa mencari pemilik sebenarnya setiap section rumah untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka.

"Saya hantar sendiri notis kepada sebanyak 450 section rumah untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka, banyak masalah yang saya hadapi. Itu pun pada mulanya, hanya setengah sahaja yang berjaya saya cari, tetapi akhirnya saya berjaya mengumpulkan semuanya selepas beberapa langkah susulan diambil," katanya.

Selain itu, jelasnya, penduduk terpaksa membayar RM45 bagi setiap section rumah untuk mengubahsuai scale mereka manakala JMB mengeluarkan sebanyak RM5,000 untuk membaiki meter.

"Jika dihitung, kos mengubahsuai scale yang ditukar 450 section rumah itu menelan belanja yang besar iaitu sebanyak RM20,200. Itu kita lakukan sendiri, jika kita memanggil pihak kontraktor sudah tentu harganya dua kali ganda," katanya.

Sehubungan itu, katanya, disebabkan syarat yang dikenakan Syabas itu menyebabkan penduduk pangsapuri lain lambat menikmati pemberian air percuma 20 scale padu itu selain mereka tidak mendapat kerjasama dari penduduk sendiri.

"Setiap penduduk harus faham, begitu juga dengan JMB, jangan menyalahkan Keraja! an Neger i, mungkin permohonan yang dihantar kepada Syabas itu tidak lengkap," katanya.

Sementara itu, penduduk Hartila Md Daud, 42, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa prihatin terhadap rakyatnya.

"Saya mengharapkan rakyat Selangor terus menyokong Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk mentadbir negeri seterusnya ke Putrajaya kerana apa yang saya lihat dan merasainya sendiri, Kerajaan Negeri banyak meringankan beban keluarga saya," katanya.

Penduduk lain, Imran Ismail, 44, berharap Kerajaan Negeri berterusan membela rakyat yang dilihat semakin dibebankan kerana kos hidup yang tinggi.

"Dengan adanya, pemberian air percuma dan banyak program bantuan yang lain, sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan beban kami rakyat Selangor," katany
a.

- kedahkini
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: