TERKINI! DS ROSMAH TURUN BANTU MANGSA BANJIR! ADA YANG SEBAK....

Kesedihan dan kesayuan menyelubungi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir di Dengkil apabila salah seorang daripada mangsa menangisi nasib yang menimpa dirinya di sisi isteri pemimpin nombor satu negara, Datin Seri Rosmah Mansor.

N.Vimala, 45, tidak dapat menanggung kesedihannya berikutan kejadian banjir yang berlaku menyebabkan dia sekeluarga tidak dapat meraikan perayaan Deepavali seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ternyata, kedatangan Rosmah seolah-olah memberi sinar kegembiraan kepadanya untuk meluahkan sedikit kepayahan yang dialami Vimala sekeluarga akibat musibah yang berlaku itu.

Deepavali semakin hampir tetapi disebabkan banjir semua persediaan serta kelengkapan untuk sambutan Deepavali telah hanyut dibawa air baju-baju baru yang dibeli semuanya rosak.

Saya cakap dengan Datin Seri supaya tolong saya kerana saya kasihankan anak-anak kerana mereka sepatutnya bergembira tetapi semuanya telah musnah, katanya.

Tidak tahan dengan kesedihan itu, lantas Vimala bertindak memeluk erat Rosmah dan menangis di bahu Yang Di Pertua BAKTI itu.

Datin Seri cakap dia akan cuba cari jalan bantu dan saya rasa amat terharu dan sedih kerana dia sudi mendengar masalah saya memang Datin Seri berjiwa rakyat, katanya dengan nada sebak.

Read more...


No comments: