Malaysia cukup luas untuk semua yang mahu berusaha

Azmi Anuar

obamaUcapan Presiden Obama setelah menang pilihanraya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini memberi gambaran menarik tentang gaya pemikiran dan pandangan seorang pemimpin yang berjiwa besar. Mungkin sahaja segala yang diucapkan hanya retorik politik semata-mata tetapi sentimen yang diutarakan benar-benar mengusik jiwa mereka yang mendengar.

Ingatan pertama kepada rakyat setelah mengucapkan terima kasih kerana mengundi beliau ialah tentang betapa pentingnya tugas masing-masing diteruskan dalam usaha mengorak langkah ke depan untuk masa depan negara. Dia menekankan bahawa sesebuah negara maju ke depan adalah hasil usaha semua rakyat, berbekalkan semangat yang wujud ketika menghadapi sessuatu krisis.

Semangat yang sama wujud di kalangan rakyat Malaysia semenjak negara mencapai kemerdekaan dan berjaya menghadapi krisis seperti konfrontasi dengan negara jiran dan kemelesetan ekonomi. Memang negara masih berhadapan seribu satu permasalahan yang belum ada penyelesaian yang boleh memuaskan hati semua pihak. Hakikatnya walaupun setiap rakyat mempunyai cita-cita dan impian masing-masing, susah dan senang akan dihadapi bersama demi negara tercinta.

Presiden Obama mengucapkan tahniah kepada lawannya Mitt Romney yang telah menentangnya dalam satu kempen yang sengit. Pihak yang menang tidak mendabik dada malahan mengakui bahawa persaingan semasa kempen berpunca daripada rasa cinta terhadap negara dan keyakinan yang mendalam tentang halatuju negara menurut pandangan ma! sing-mas ing. Pandangan pihak yang kalah juga akan diminta dalam usaha memajukan negara. Usaha dan keterbukaan seperti ini kelihatan begitu ganjil pada kita yang sudah lazim dengan perasaan bangga diri bahawa yang menang sahaja yang tahu dan arif tentang segala-galanya.

Presiden Obama mengakui bahawa kempen pemilihan presiden kadang-kadang terasa tidak begitu penting dan tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Mereka yang sinis akan menyatakan bahawa kempen seperti itu tidak lebih daripada persaingan ego di antara calon-calon yang bertanding atau tumpuan pihak yang berkepentingan tertentu sahaja. Tempoh itu menyaksikan rakyat terbanyak terlibat dalam satu proses penting iaitu pemilihan pucuk pemimpin tertinggi negara. Inilah juga yang boleh disaksikan di negara kita kerana kalau tidak kerana piliharanraya umum pasti masing-masing hanya menumpukan perhatian kepada rutin kerja dan keluarga sahaja.

Itulah sebabnya pilihanraya diadakan di dalam sesebuah demokrasi. Ketika itulah peluang rakyat turut serta dan boleh membuat pilihan yang nyata tentang siapa seharusnya memimpin mereka. Proses itu sendiri tidaklah begitu mudah untuk dilaksanakan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia tetapi itulah satu-satunya jalan supaya suara rakyat dapat didengar. Pemimpin yang dipilih berada di kerusi parlimen bukanlah untuk bersenang-lenang tetapi memikul tanggungjawab dan memegang amanah para pengundi untuk menjalankan tugas sebagai seorang wakil rakyat sebaik mungkin.

Apa yang tidak dapat dielakkan malah pasti ialah kepercayaan mendalam masing-masing yang akan membara apabila sesuatu keputusan besar harus diambil dan mencetuskan pelbagai pendapat yang berbeza. Keadaan ini tidak akan berubah pada bila-bila masa kerana perbezaan pendapat akan sentiasa wujud dan harus diingat kebebasan bersuara ini amat berharga. Ramai di negara-negara lain tidak menikmati langsung hak bersuara dan kita harus menggunakannya dengan penuh tanggungjawab.

Cita-cita dan harapan rakyat

Semua ma! hukan an ak-anak mereka membesar di dalam sebuah negara yang menyediakan guru dan sekolah yang terbaik. Negara yang boleh bersaing dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta memberi peluang pekerjaan dan perniagaan yang baik kepada mereka yang berusaha. Negara yang tidak dibebani hutang, tidak lemah angkara ketidaksamarataan dan tidak diancam oleh pencemaran alam sekitar.

Mungkinkah ini juga Malaysia yang diidamkan semua?

Presiden Obama seterusnya menegaskan bahawa rakyat yakin dengan sebuah negara yang mempunyai sikap terbuka dan pihatin terhadap semua di bawah naungannya. Di Malaysia sendiri, dengan ratusan ribu pekerja asing yang datang bekerja di sini dan sesetengahnya yang telah mengambil keputusan menetap sebagai warganegara, sikap terbuka mempunyai maksud tersendiri. Di satu pihak, ada yang mengalu-alukan kumpulan rakyat baru ini tetapi ramai juga yang melihat fenomena sedemikian daripada sudut negatif sahaja.

Kumpulan warganegara baru ini mengimbas kembali penghijrahan datuk nenek kita sendiri pada satu masa dahulu yang datang ke tanah bertuah ini untuk mencari rezeki. Sumbangan mereka tidak harus dipersia-siakan malahan digembleng. Selagi mereka bergelar warganegara dan telah menyatakan taat setia kepada negara, niat dan tujuan mereka ke sini tidak harus diragui. Negara ini masih cukup luas dan memberi peluang kepada semua yang mahu berusaha memperbaiki taraf hidup mereka.

Perbalahan akan terus berlaku kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri tentang bagaimana cara dan jalan terbaik mencapai sesuatu matlamat. Kadang-kadang kemajuan yang dicapai tidaklah semudah yang dijangkakan. Begitulah juga dengan proses pilihanraya. Tugas pengundi tidak berhenti setelah kertas undi di masukkan ke dalam peti undi. Setelah proses pembuangan undi, para pengundi mesti terus bekerja dan berusaha bersama-sama wakil yang dipilih untuk mencapai cita-cita yang terpendam.

Perenggan-perenggan terakhir ucapan Presiden Obama menekankan sekali lagi betapa pentingnya kerja keras di! teruskan untuk mencapai apa yang diidamkan. Dia tidak menaruh harapan yang membabi-buta tetapi lebih berpijak di bumi nyata. Dia tidak bersetuju dengan sikap yang tidak mengendahkan halangan yang bakal tiba atau yang tidak mahu memikul tanggungjawab dalam menghadapi sesuatu cabaran. Dia yakin dengan harapan yang tersemat di benak hati masing-masing, yang tidak kenal kata putus asa dan sedar bahawa sesuatu yang baik pasti akan terhasil jika kita berani terus berusaha dan menentang segala halangan yang mendatang.

Presiden Obama akhir sekali dengan penuh semangat menyatakan bahawa dia yakin seseorang yang berusaha keras, tanpa mengira asal keturunan, paras rupa atau siapa yang mereka cintai, akan pasti mencapai kejayaan di negara tersebut. Itulah janji para pengasas negara tersebut yang sudah sedia termaktub.

Itulah juga prinsip yang dipegang oleh para pemimpin terdahulu Malaysia. Sebuah negara dengan rakyat yang berpegang teguh kepada usaha dan kerja keras untuk mencapai matlamat mereka. Hubungan dua hala di antara pemimpin dan yang dipimpin mungkin sudah semakin goyah ketika ini akibat ledakan maklumat yang membanjiri setiap bentuk media yang boleh didapati dengan mudah. Maklumat yang kadang-kadang lebih merupakan andaian dan tohmahan tanpa bukti sahih.

Rakyat mesti kembali mengambil peranan sebagai alat dan pemangkin yang penting dalam pembangunan dan halatuju negara. Pandangan yang berbeza tetap wujud tetapi ketengahkanlah dengan pendekatan yang lebih berkesan, tanpa hiruk pikuk dan omongan kosong semata-mata. Pihak yang berbeza pendapat mestilah bersetuju bahawa sesuatu pandangan walaupun menjengkelkan perlu diberi ruangannya.

Biarlah tempoh yang lebih lama diambil sebelum membuat sesuatu keputusan daripada menyesal di kemudian hari akibat salah perhitungan. Terlajak perahu boleh dikayuh, terlajak kata terimalah padahnya.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: