DUA RAKYAT MALAYSIA DICULIK DI TIMBUN MATA?



SEKURANG-KURANGNYA dua rakyat Malaysia, kedua-duanya lelaki telah diculik sebentar tadi dari Pulau Timbun Mata, Semporna. Menurut maklumat awal yang diterima, belum ada pihak yang mengaku melakukan penculikan berkenaan. Terdapat empat orang dilokasi penculikan, tetapi hanya dua sahaja diambil meninggalkan dua saksi yang ketakutan. Menurut saksi, penculik bersenjata membawa mangsa dengan bot laju menghala Selatan Filipina. Sabahkini.net akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Pesuruhjaya Polis Sabah. Sebelum ini dua warga Malaysia diculik di Pulau Sebangkat dan Timbun Mata ialah Hutan Simpan Kelas 1 dan terletak tidak jauh daripada projek ternakan udang galah merah yang dilancarkan baru-baru ini. - Sabahkini
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: