CILI KASI TARUK! MUKTAMAR PAS HANYA BERTARAF, BUKTINYA UNIT ANAL PAS PUN LARI BALIK AWAL!

Muktamar masih berlangsung walaupun hari ini adalah hari terakhir. Bagaimanapun, tidak seperti kebiasaan, Muktamar PAS Ke-58 ini telah mencatatkan rekod dan akan tertulis dalam sejarah apabila para pemimpin PAS yang telah diamanahkan oleh ahli-ahli bawahan lebih memikirkan tentang presence PKR dan DAP berbanding memikirkan hala tuju dan nasib PAS dalam arus politik negara.

Para pemimpin PAS yang berhujah dan berbahas,sekadar memenuhi ruang tanpa sebarang cadangan konkrit untuk memantapkan perjuangan parti dengan meninggalkan banyak isu-isu utama yang perlu diperbahaskan, hanya semata-mata kerana enggan menyakiti hati PKR dan DAP.

Dan sepanjang muktamar dijalankan, ahli-ahli PAS dapat melihat dan mendengar sendiri bagaimana para pemimpin PKR dan DAP langsung tidak menghormati PAS selaku rakan sekongkol mereka, sebaliknya tanpa sebarang prejudis, membelasah PAS semahu-mahunya terutama dalam isu HUDUD dan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Pagi ini, unit yang pale datang awal dan balik lewat, UNIT AMAL menyaksikan 'pemberontakan kecil' apabila Unit Amal dari Perak, Pahang dan Terengganu mengambil keputusan untuk mengemas beg dan meninggalkan muktamar jam 10:30 pagi tadi. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Unit Amal sepanjang mana-mana Muktamar, ialah meninggalkan majlis sebelum majlis selesai.

Tindakan Unit-Unit Amal dari ketiga-tiga negeri tersebut dilakukan sebagai tanda protes atas keegoan pimpinan PAS Kelantan. Dikatakan, sepanjang muktamar dijalankan, PAS Kelantan bertindak seperti tuan besar dan bukannya sebagai penganjur majlis. Dan sememangnya, PAS Kelantan sentiasa menampilkan diri mereka sebagai 'Kaabah PAS' yang perlu dipandang tinggi serta diberikan keuta! maan. < br>
Bagaimanapun, Muktamar Ke-58 yang diadakan di Kota Bharu kali ini, dipenuhi dengan pelbagai insiden yang tidak sepatutnya akibat daripada pengurusan muktamar yang kucar-kacir. Kebanyakan ahli-ahli pengurusan penganjuran, bertindak bagaikan orang gila kuasa apabila mengeluarkan arahan secara sembarangan dan saling bertindih serta mengelirukan. Keadaan itu dilihat bagaikan sistem pasar basah di mana para penjual saling berteriak-teriak untuk menarik pembeli membeli ikan-ikan mereka.

Atau dengan kata-kata lain, kehadiran ramai pemimpin PAS Pusat, menjadikan sebahagian besar daripada jawatankuasa penganjur cuba mencuri tumpuan bagi mendapat tempat dan dipandang kuat bekerja, sekaligus mengenepikan pendapat Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bahawa PAS kekurangan calon pada PRU nanti.

Semua bahagian muktamar tersebut kucar-kacir dan langsung tidak memperlihatkan keprofesionalan PAS sekalipun PAS sudah berusia lebih setengah abad. Kalau ada pun yang teratur cuma pengurusan Dewan Muktamar.

Namun yang pale banyak membuat rungutan adalah mereka yang berada dalam Dewan Muktamar tersebut. Kurang menarik, kata mereka. Dengan jumlah perwakilan yang tinggal, tidak beberapa orang sahaja lagi, sebahagian besar daripada mereka mengeluh tentang mutu perbahasan yang masih lagi bertaraf ceramah tepi padang. Tidak banyak benda baru yang diperbahaskan sekaligus menunjukkan para perwakilan sebenarnya tidak berilmu pengetahuan, kurang membaca dan hanya mahu bercakap tetapi tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Atau lebih tepat lagi, kebanyakan perwakilan yang membahaskan isu, tidak ubah seperti katak di bawah tempurung.

Sesuatu yang sangat jelas daripada kualiti perbahasan yang ditunjukkan ialah, hampir kesemua yang bercakap di atas pentas itu, mengulang-ulang isu yang sama. Tiada sebarang penjelasan yang lebih konkrit sebaliknya para pembahas masih lagi mengamalkan taktik lapuk dengan mengalihkan isu dan memperkatakan perkara yang tidak berkaitan hanya semata-mata unt! uk membu at tuduhan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Dan yang pale membuatkan perwakilan-perwakilan tersebut hanya mampu menarik nafas panjang ialah apabila para perwakilan sentiasa meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sentiasa membenarkan DAP dan PKR dengan hujah-hujah yang adakalanya amat dangkal. Isu Nurul Izzah menggalakkan orang Melayu agar menjadi murtad dan kafir, telah dibalas dengan isu-isu yang dilihat hanya membuatkan PAS kelihatan seperti ayam jantan tidak berkepala.

Ramai yang berpendapat, kalau itulah kualiti yang ditunjukkan oleh PAS untuk PRU yang sedang mendatang ini, PAS seharusnya mula memikirkan tentang kedudukan parti tersebut di dalam Pakatan Rakyat. Sebabnya, persekongkolan dengan DAP dan PKR, tidak menjadikan PAS lebih cerdik, sebaliknya membuatkan PAS bertambah-tambah baghal dan bahlol.

Buktinya terserlah dalam Muktamar kali ini!

Sumber: Kedahan69ers

No comments: