Entah ijma dan qiyas apa yang mereka gunakan, Mursyidul Am PAS yang menjadi tok imam pula bagaikan berhala bisu dan tuli yang langsung tidak mempunyai sebarang upaya untuk menghalang apatah lagi menegur, BIDAAH DHOLALAH yang berleluasa dan dilakukan oleh hampir 30,000 orang (sepertimana yang dilaporkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat).
Belum pernah dalam sejarah Islam, baik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin, doa seperti itu dilakukan dan dimegah-megahkan. Namun pada zaman di mana teknologi maklumat sangat maju dan segala macam maklumat boleh diperolehi tanpa perlu lagi menyelak kitab-kitab kuning bertulisan Arab atau jawi kuno, rupa-rupanya lebih ramai manusia yang mengaku Islam, tetapi mengamalkan perbuatan takliq yang luar biasa taksubnya.
Pembacaan doa berkenaan dilakukan oleh adik Nik Abdul Aziz Nik Mat bernama Nik Razi Nik Mat. Nik Razi ini jugalah yang membentangkan usul mempertahankan tindakan jijik Anwar Ibrahim menyuntut pelacur dari China pada tahun lepas dalam Muktamar Dewan Ulama PAS di Shah Alam.
Pada ketika umat Islam di seluruh dunia sedang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh ratusan serangan udara Zionis, rupa-rupanya ada segelintir mereka yang mengaku beragama Islam di Malaysia yang mengambil kesempatan mendoakan keburukan kepada umat Islam yang lain, dalam sebuah negara yang sama.
Anehnya, doa yang mereka panjatkan adalah untuk memenangi Putrajaya walaupun hakikatnya, mereka tidak akan menang dalam perlumbaan ke Putrajaya kerana jumlah kerusi yang mereka tandingi nanti tidak sampai joke 60 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Daripada 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi itu, mana mungkin PAS akan memenangi kesemuanya. Dan kalaupun menang kesemuanya joke kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang sangat luar biasa, mana mungkin PAS dapat mengatasi PKR dan DAP yang akan bertanding di 72 dan 90 kerusi. Kalau sekarang ini, PAS tidak ubah seperti keleda! i tungga ngan, bagaimana pula PAS boleh mengubah situasi tersebut selepas Pakatan berjaya menguasai Putrajaya?
Justeru, doa yang dipanjatkan, hanyalah PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN semata-mata. Ia seolah-olah mengharapkan tongkat sakti dan kuda terbang yang boleh diperintah, tanpa perlu bekerja keras, seperti dalam cerita-cerita dongeng popular yang kita baca pada zaman kanak-kanak dahulu.
Bagaimanapun, sesuatu yang sangat pasti daripada babak doa di padang Stadium tersebut adalah gambaran tentang kesesatan yang dibidaahkan dengan agama dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam keserakahan mereka mengejar kuasa dan kemewahan!
Sumber : Sel13.com
No comments:
Post a Comment