PANAS BERAPI! APAKAH AES BOLEH MEJADI PUNCA BN KALAH TERUK PADA PRU AKAN DATANG?

Hari ini saya terpaksa menulis perkara ini walaupun saya tahu ia ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Sebabnya perkara ini telah menjadi bualan orang ramai di segenap peringkat.
Pergi ke kantin orang bercakap pasal itu, pergi kedai kopi orang bercakap pasal itu, pergi ke surau joke orang bercakap pasal itu, sambil menunggu anak di sekolah joke orang bercakap pasal itu. Golongan ibu yang menunggu anak di padang permainan waktu petang joke bercakap pasal itu.
Apabila semua orang dan dimana-mana orang bercakap pasal perkara itu, maknanya perkara itu serius dan perlu diberi perhatian oleh pemerintah.
Perkara itu yang saya maksudkan adalah AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).
Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor.
Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya , tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia.
Lalu diperkenalkan pula SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut. Itu yang orang ramai sedang bercakap dibawah sekarang.
Orang tak marah atau kurang marah jika mereka disaman kerana melanggar lampu isyarat, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit atau potong garisan berkembar. Rata-rata orang yang marah adalah saman melebihi had laju. Dan saya yakin saman melebihi had laju adalah saman yang tertinggi yang dikeluarkan setiap hari oleh pihak berkuasa.
Bila bercakap melebihi had laju, bukan semua orang yang memandu 150-200km/j. Ramai yang hanya terlebih 10-20km/j sahaja. Kawasan 90km/j mungkin mereka pandu 100 atau 110km/j. Itulah saman yang paling banyak.
Alasan yang diberikan JPJ, memandu laju boleh menyebabkan kemalangan maut. Pada saya itu alasan lama yang sesuai digunakan di zaman kita nak ke Ipoh guna Jalan Tanjung Malim. Zaman sekarang zaman lebuh raya 2-3 lorong, alasan itu sudah tidak berapa nak boleh pakai lagi.
Sebagai contoh , Lebuh Raya Kesas adalah sebuah lebuh raya 3 lorong dari Bukit Jalil ke Klang. Logikkah had lajunya hanya 90km/j ? Sudah tentu tak logik.....

No comments: