SUARAM = Suara Anak Haram?Berat dakwaan yang dibuat oleh Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang semenjak kebelakangan ini kerap benar munculnya di media-media elektronik dan kenyataannya kerap dipetik oleh media-media massa. Walaupun di sebalik dakwaannya bahawa dia mempunyai bukti-bukti kukuh tentang penglibatan kakitangan awam yang menjadi talibarut SUARAM dalam usaha menyalurkan maklumat-maklumat keselamatan negara kepada pihak asing.
Dengan kata lain, walaupun wujud SPRM dan O.S.A, namun itu tidak menghalang kakitangan awam daripada melakukan pengkhianatan dan pengkhianatan tersebut tidak hanya berlaku untuk perkara-perkara politik dalam negeri, bahkan penyaluran maklumat-maklumat penting tentang pertahanan dan ketenteraan negara kepada pihak asing.
Benarkah seperti yang didakwa oleh Azwandin Hamzah?
Kalaulah benar sebagaimana dakwaannya bahawa dia mempunyai bukti-bukti kukuh tentang pembabitan kakitangan-kakitangan awam berkenaan, seharusnya, bukan media elektronik yang menjadi mediumnya untuk melakukan hebahan pemula. Sebaliknya, Azwandin Hamzah dan sesiapa sahaja yang menajanya selama ini, harus tampil melakukan desakan kepada pihak berkuasa terutama sekali SPRM yang kelihatan amat culas dan malas menjalankan siasatan terhadap SUARAM serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat.
SUARAM masih lagi melakukan pesona terhadap orang ramai menerusi isu Kapal Selam Scorpene dalam usaha mengaitkan pembunuhan seorang indication Mongolia dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak. Dari awal lagi, SUARAM telah menerima pembiayaan daripada pihak asing, terutama sekali daripada George Soros untuk menjatuhkan Najib Abdul Raza! k sekali gus kerajaan Malaysia yang dipilih oleh rakyat.
Baca seterusnya di Sel13.com
No comments:
Post a Comment