Mengulas tulisan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang mengkritik keras imej bandar Proton di Tanjung Malim yang dikatakan tidak setanding dengan bandar Tokyo di Jepun atau Stuttgart di Jerman.
Kononnya, meskipun Proton yang mula beroperasi di situ pada tahun 1996, Tanjung Malim gagal dibangunkan untuk menjadi sehebat Tokyo dan Stuttgart yang megah sebagai bandaraya automotifnya.
Raja Ahmad Iskandar kemudiannya mempersoalkan pertumbuhan ekonomi di situ yang dikatakan tidak membangun walaupun bergelar intergrated city di samping pembinaan UPSI dan pengumuman pelaburan sebanyak RM1 bilion oleh DRB-Hicom baru-baru ini.
Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar yang mungkin merasakan dirinya hebat dan bijak ini mengungkit kononnya bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin adalah seorang genius apabila menawarkan Air Middle East untuk membina lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Tanjung Malim.
Kononnya, dengan wujudnya LCCT maka Tanjung Malim akan berkembang maju dan mencapai tahap kemajuan yang dia inginkan.
Pun begitu, Raja Ahmad Iskandar mempersoalkan pula tindakan dan hasrat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang memindahkan perancangan membina LCCT itu ke bahagian utara Perak dan padanya tindakan itu tidak wajar.
Dia mendakwa tindakan tersebut akan menyebabkan Tanjung Malim tidak akan membangun sebagaimana yang diharapkan.
Saya ada beberapa soalan yang agak mudah untuk dijawab oleh Raja Ahmad Iskandar, apakah dia fikir dengan terbinanya LCCT di Tanjung Malim maka bandar tersebut akan bertukar wajah serta hebat seperti Tokyo dan Stuttgart yang dibangga-banggakannya itu?
Apakah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak! itu ber ani jamin bahawa dengan wujudnya LCCT yang kononnya mahu dibina oleh Tony Fernandez itu maka Tanjung Malim akan berjaya menjadi setaraf dengan bandaraya automotif dunia?
Ingin saya tegaskan kepada Raja Ahmad Iskandar bahawa Proton dan Tanjung Malim kini merupakan sebuah bandaraya intergrated yang sudah joke diiktiraf bertaraf dunia dan kini merupakan major global player dalam industri automotif dunia.
Raja Ahmad Iskandar tahukah tentang fakta tersebut?
Selain itu, apakah Raja Ahmad Iskandar begitu yakin bahawa Tanjung Malim merupakan lokasi yang pale strategik untuk membina LCCT?
Sekiranya Tony Fernandez membina LCCT di situ, apakah Raja Ahmad Iskandar dapat memberi jaminan bahawa lapangan terbang itu akan terminal pale laris dan menjadi tumpuan frequent flyers?
Sewajarnya Raja Ahmad Iskandar perlu mengambil inisiatif untuk mengukur jarak antara Tanjung Malim dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT Sepang, apakah dia fikir Tony akan membina sebuah lagi lapangan terbang yang begitu hampir jaraknya?
Padahal, rata-rata penganalisis menjangka bahawa Air Middle East akan mengalami kerugian besar sekiranya LCCT itu dibina di Tanjung Malim memandangkan jaraknya yang agak hampir dengan kedua lapangan terbang tersebut.
Berbanding untuk dipindahkan ke utara Perak, Air Middle East dilihat memiliki prospek yang lebih besar nilai kormesilnya di mana ia boleh digunakan oleh frequent flyers di sebelah utara di mana mereka tidak perlu lagi menyeberang laut di Bayan Lepas untuk menaiki kapal terbang.
Raja Ahmad Iskandar perlu rasional untuk memuji Nizar memandangkan keputusan bekas MB Perak itu jelas tidak bernas dan tidak memberi nilai komersial kepada pelabur selain perancangannya yang tidak strategik sama sekali.
Kalau betul joke Raja Ahmad Iskandar kemaruk sangat untuk jadi calon PRU ke-13 nanti, janganlah sampai membodek Nizar secara membuta tuli begitu.
Agak-agaklah sikit kalau nak bodek pun, kan?
Sumber! : Perak Today
No comments:
Post a Comment