Saya bukan seorang 'pessimist' dan tidak juga seorang 'sadist'. Tetapi ketika pengumuman dibuat tentang pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 5.4% dalam suku kedua baru-baru ini, mengapa saya tidak seronok -'euphoric'- macam sesetengah pemimpin Umno?
Bukankah pencapaian itu lebih baik dari pertumbuhan 4.7% dari suku pertama tahun ini dalam suasana ekonomi tellurian menguncup dan tidak menentu?
Mengapakah saya suka bercakap tentang 'bahaya' dan 'mala-petaka' yang bakal menimpa rakyat dan negara (yakni pessimist) dalam suasana ekonomi negara dikatakan adalah lebih baik sekarang?
Apakah saya seorang "sadist"sengaja menyiksa dan menyakitkan hati Najib, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu?
Yang penting ini bukan pandangan saya sahaja bahkan pakar-pakar ekonomi dan badan-badan penyelidik dan kewangan antarabangsa yang lebih awal merakamkan kekhuatiran tersebut.
Jadinya, pandangan saya ini bukanlah kerana saya seorang pembangkang di Parlimen (Federal Opposition MP). Saya akan cuba pendekkan analisis dan permudahkan penerangan ini.
Kunci pencapaian ini boleh difahami kalau kita perhatikan dari manakah sumbangan pertumbuhan ini dan apakah kesan baik-buruk kalau pertumbuhan terus dipacu berdasarkan kaedah dan pendekatan itu? Perhatikan dari tabulasi berikut:
(Pertumbuhan 5.1 peratus dicapai separuh pertama 2012-annualised)
Ternyata dua sumbangan besar petumbuhan adalah dari sektor pembinaan (22.2 peratus awam dan swasta) dan permintaan dalam negeri.
Tidak dinafikan sektor perkhidmatan (6.3 peratus), perkilangan (5.6 peratus) dan perlombongan (2.3 peratus) juga meningkat.
Gabenor Bank Negara mengakui bahawa projek kejuruteraan mega besar (dalam ETP) dan juga yang kedepan! nanti m embantu menyokong pertumbuhan ekonomi termasuk projek saluran paip Sabah-Sarawak bernilai RM4.6 bilion, projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar bernilai RM12.5 bilion dan loji tenaga Janamanjung berharga RM5 bilion.
Namun angka pertumbuhan (growth numbers) bukan segala-galanya tambahan hanya untuk satu suku tertentu. Tak ramai joke yang faham erti angka pertumbuhan ini. Tetapi ramai yang 'memuja' dan terkadangkali 'mendewa' angka pertumbuhan ini.
Mungkin kita boleh bincang tentang 'Pertumbuhan atau Growth' itu sendiri di lain penulisan, khasnya tentang 'Brown Growth Vs Green Growth' atau Pertumbuhan 'Mapan Vs Tak Mapan (Lestari)'.
Dalam rangka itu juga, penulis mengingatkan semua bahawa pertumbuhan 5.4% dicapai dengan dipacu dua faktor utama; pertumbuhan bidang pembinaan dan permintaan domestik yang terdiri dari penggunaan isi-rumah (domestik).
Persoalan maha pentingnya ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini mapan atau 'sustainable'? dan lebih penting lagi ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini akan dapat mengatasi kemelut ekonomi yang sedang cuba di tangani oleh Model Ekonomi Baru (NEM) ciptaan PM Najib?
Pertumbuhan yang dijana dengan sektor 'pembinaan' dan khasnya dari pihak awam adalah kegiatan yang membawa kesan negatif dan buruk dalam jangka jauh. Pakar-pakar ekonomi merakamkan kerunsingan bahawa usaha perbelanjaan besar kerajaan atau dengan kata lain 'pump-priming' dengan pelbagai projek mega infrastruktur adalah tidak "sustainable" atau mapan dalam jangka jauh. Benar ia membawa kerancakan khasnya dalam sektor 'construction', namun apakah 'kos' dan dampaknya?
Kesan langsung perbuatan ini adalah HUTANG! Fitch Rating, sebuah agensi penarafan kredit antarabangsa, menyebutkan bahawa hutang kerajaan Malaysia telah buat pertama kalinya mencecah 55% KDNK tahun ini, berbanding 45% dalam tahun 2009.
Fitch Rating juga sekaligus memberi amaran keras kepada kerajaan Malaysia, bahawa perbelanjaan besar pihak awam dalam pelaburan infrastruktur dan pem! binaan t elah mencetuskan hutang yang sangat mengkhuatirkan. Penarafan kewangan awam Malaysia pada tahap A as well as BBB mesti diperbaikki, tegas Fitch kepada kerajaan Malaysia.
Projek mega seperti MRT dan Tun Razak Exchange, TRX (dulunya KLIFD) asalnya disebut sebagai swasta, kemudian bertukar menjadi Awam dan Swasta (PFI) dan akhirnya hanya ditanggung semua oleh kerajaan. Seluruhnya meningkatkan bebanan hutang awam.
Dalam nada yang seiring, sebuah think-tank ekonomi; Asli's Centre for Public Studies (CPPS) juga merakamkan penegasan kekhuatiran yang serupa. Dalam Belanjawaan 2013 nanti, Najib diberi amaran supaya tidak bermewah dengan pemberian 'goodies' untuk menyuntik 'feel good factor' di ambang pilihanraya ke-13 ini. Najib dingatkan supaya tidak berkompromi dengan masa depan ekonomi Negara dengan perbelanjaan yang tidak pruden (reckless).
Seperkara lagi adalah aspek perbelanjaan isi-rumah atau domestic yang menjadi penjana pertumbuhan suku kedua ini juga. Ternyata segala polisi 'pemberian' termasuk kenaikan gaji dan lain lain, meninggalkan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dalam suku kedua ini. Akan tetapi apakah ini juga satu kaedah yang mapan?
Pendedahan baru-baru ini dalam sebuah akhbar tempatan bahwa kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan. Maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.
Angka cukup menakutkan sebab ia telah melonjak dari 33% KDNK padatahun 1997 (semasa krisis kewangan), 78% 2011 dan kini tentunya 80% nisbah KDNK. Tidak diketahui secara tepat hutang tak berbayar (NPL) terkini yang ditanggung rakyat dan entiti bisnes termasuk PLCs.
Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.
Lebih malang lagi kalau hutang isi-rumah ini dinisbahkan dengan 'pendapatan boleh berbelanja' bermakna pendapata! n tolak semua hutang dan tangungan (disposable income), maka statistik adalah seperti berikut berbanding negara-negara jiran. (Hutang: pendapatan boleh berbelanja dalam peratus).
Indonesia 38%, Thailand 53%, Singapura 105% tetapi Malaysia 140% !
Sebanyak 116,379 kes bankrap dicatatkan oleh Jabatan Insolvensi dari tahun 2005 hingga Apr 2012. Ini bermakna 58 diisytihar bankrap setiap hari.
32% adalah di kalangan mereka berumur 35-42 tahun berpunca dari kegagalan menyelesaikan hutang; hutang kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi (kad redit) dan pinjaman perumahan adalah tiga punca utama golongan tersebut terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Tentunya dalam negara terperangkap dalam jajaran pendapatan rendah-sederhana dan modal insan yang berada pada tahap produktiviti yang rendah, untuk mengharapkan faktor sebaagi pemacu utama pertumbuhan adalah satu yang tidak mapan.
Najib seperti yang disaran pakar-pakar ekonomi wajar memberikan fokas untuk mengeluarkan ekonomi negara dari beberapa kemelut akibat urus-tadbir kewangan pincang dan tidak pruden.
Di samping berdepan dengan permasalahan struktural yang dibelenggu monopoli dan subsidi yang regresif, tahap hutang akibat terlalu lama menanggung deficit yakni selama 14 tahun, ekonomi yang terbeban dengan pelbagai aspek kegagalan penswastaan dan amalan kronisme serta 'sistem penghantaran' yang sarat dengan rasuah dan ketirisan.
Justeru hutang awam (kerajaan Persekutuan yang telah mncecah 55% KDNK yang tidak dizinkan oleh Akta Pinjaman Tempatan, jurang kaya miskin yang terus melebar, pergantungan pendapatan negara kepada hasil minyak dan gas serta tenaga kerja asing yang tidak berketrampilan.
Berlatarbelakangkan kesemua kemelut ekonomi dan gejala pengurusan kewangan Negara ini, mampukah kita bertepuk dan bersorak dengan pertumbuhan di suku kedua tahun ini?
Jangan sampai dipanggil orang tiga suku pulak ya!
Dr Dzulkefly Ahmad adalah anggota Parlimen Kuala Selangor ! dan Ketu a Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Like this:
Be the first to similar to this.
Thai PBS English News twenty-five July 2012
POWERMAP GPS YouTube: Arturo Adillo Malaysia: www.powermap.my YouTube www.youtube.com Facebook: www.facebook.com twitter: twitter.com Thailand: www.powermap.in.th ---------------------------------------------------------------------- Tianna Home Bake Cake Lapis Sarawak http Stevia Sugar Natural Sweetener ZERO Calories www.sweetlifewithstevia.yolasite.com Video Rating: 0 / 5More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
No comments:
Post a Comment