Dalam Menangani Hudud PAS Memaknakan Muwajahah Silmiyah

(Demokrasi adalah proses rakyat-pengundi membuat keputusan dan pilihan berdasarkan maklumat dan pengetahuan. Bagi memenangkan perlaksanaan Hudud yang terkekang dengan Akta Mahkamah Syariah, 1965, Parlimen mesti meminda dan memansuhkan peruntukan Akta ini sehingga 'Uqubah-Hukuman' dalam jenayah Hudud dan Qisas tidak dibataskan dengan regulation '3-5-6. Pindaan Perlembagaan (Constitutional Amendments) memerlukan 2/3 majoriti. Ada joke meminda atau memansuhkan Akta2 dan peruntukannya hanya memerlukan majoriti mudah (simple majority).

Persoalannya bagaimana untuk memenangi hati-budi dan keyakinan ahli parlimen -samada Islam atau bukan-Islam atau PAS-PR atau joke Umno-BN? Tentunya dengan mereka difahamkan dan diyakinkan dengan penegtahuan-ilmu bersabit Kelebihan Undang-Undang Jenayah Islam. Lalu, amat menasabah proposisi dan gesaan bahawa "Kefahaman" dan "Pengetahuan" rakyat merupakan antara syarat (syurut musbaqah) terpenting untuk benar-benar secara komited menyaksikan perlaksanaanEnakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 akhirnya ditaqnin(legislate-undang-undangkan) dan ditatbiqkan (dilaksanakan).

Maka pastinya amat menasabah mengesyorkan Kefahaman, Pendidikan dan Pengetahuan tentang Hudud yang dipolemikkan begini rupa dan ada pulak yang sengaja menguhurukan pemikiran rakyat dengan isu ini, memerlukan satu pendekatan yang menggemblengkan seluruh tenaga ummat kepimpinan parti politik, NGOs, para ulama, ilmuan akademik dan sbnya.

Yang penting mesti wujud I'tiqad dan azam untuk sama mendukungi dan memenangkan titah dan taklif Allah SWT ini. Inilah cabaran "Islamists" yang mengambil pentas 'Demokrasi' sebagai pendekatan 'Muwajah Silmiyah' (Pertarungan Secara Aman-Sejahtera- Demokrasi) dalam proses Islah dan Tajdid.

Tak ramai yang faham dan tuntutan laras bahasa dan pertarungan melalui demokrasi ini.Presiden menyerlahkan penghayatan dan komitmen yang sangat JELAS dan BERANI dalam kenyataan ini. Inilah komitmen semua Gerakan ! Islam mu takhir ini samada Al-Ikhwan Al-Muslimun di Timur Tengah Mesir, Tunisia dan Morocco atau PKS di Indonesia dsbnya.

Dunia sedang memerhatikan gelagat 'Islamists' yang mereka mendakwa mengambil pentas Demokrasi tetapi apabila melafazkan konsep perubahan tidak tahu 'bagaimana peraturannya' untuk memenangkan Agenda Perubahan Islamists mereka!

PAS, dengan segala rendah hati kita nyatakan, sedikit mendahului 'Tajribah Islamists" (Islamists Experimentation) dalam keterlibatannya dalam Demokrasiselama demokrasi itu sihat, bebas, adil dan berfungsi.) Dr Dzul.

Harakahdaily 25 Ogs 2012

KUALA LUMPUR:Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.

Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.
Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen."PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam."Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.(Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan A! llah tur unkan ayat itu.(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju dia ada hak. Dan itulah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi PAS tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam," katanya lagi. laporan versi Malaysiakini)"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan."Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.

"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.

"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya.

Like this:

Be the first to similar to this.

Read More @ Source

Adakah Projek Air Selangor Utara Ke Selatan Mencukupi_ 14_8_2012

POWERMAP GPS YouTube: CougaBoy60 Malaysia: www.powermap.my YouTube www.youtube.com Facebook: www.facebook.com twitter: twitter.com

Video Rating: 0 / 5

More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: