GEMPAR BERAPI! NGEH KOMUNIS DIPUKUL TERUK DI KONVENSYEN DAP PERAK KE 17!

Konvensyen parti di Perak jadi medan perdebatan masalah dalaman

Kuala Lumpur: Konvensyen DAP Perak Ke-17 di sini semalam menjadi medan kepada ahli parti mengkritik Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham, termasuk perbuatannya mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Persidangan disertai 330 perwakilan dari seluruh negeri yang sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 juga bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti.

Dikritik ahli parti
Seorang perwakilan dari Taman Sejati Sitiawan, membidas Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan kerana kenyataannya membangkitkan isu agama Islam menerusi laman Twitter, menjejaskan usaha parti untuk menarik bukan Cina menyertai DAP.

Terdahulu, Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas dikritik oleh Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa kerana didakwa menggunakan akhbar Cina untuk mengkritik ahli parti.

Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O P Syed Ibrahim pula berkata, tidak pernah dalam sejarah parti di negeri itu pengerusi menggunakan media untuk mengkritik ahli sendiri seperti yang berlaku sekarang.

Cawangan Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru adalah tiga cawangan DAP di daerah Manjung yang dirujuk oleh Ngeh kepada jawatankuasa disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam mengumpul dana tanpa kebenaran.

Usah pecah-belah ahli

Solaiman berkata, kepemimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana menganjurkan majlis makan malam untuk mengumpul dana.

Pengerusi Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelewatan kepimpinan parti meluluskan penubuhan cawangan b! aru dan mendakwa ada pihak sengaja berbuat demikian di kawasan yang dianggap bukan kem' mereka.

Ini semua tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya.

Pengerusi Cawangan Chenderiang, Richard Leong, turut membangkitkan isu sama dengan menyatakan beliau sudah bekerja keras membuka cawangan di Tapah tetapi sehingga sekarang tiada surat kelulusan daripada jawatankuasa negeri.

Kepemimpinan parti meminta ahli melawan musuh di luar tetapi mereka sendiri yang menyerang ahli sendiri," katanya.

Perbahasan panas
Perbahasan yang semakin panas itu memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik, menenangkan keadaan dengan meminta mereka berbahas isu nasional dan negeri, manakala semua isu dalaman dibincangkan mengikut saluran lain.

Bagaimanapun, perbahasan isu dalaman yang dianggap memalukan kepemimpinan DAP negeri berterusan sehingga persidangan berakhir jam 3 petang.

HOUSE PK: Ini laporan dari Berita Harian. Korang tengok la sendiri, bukan saja rakyat Malaysia membenci Ngeh syaitan komunis ni tetapi ahlul parti DAP juga amat membenci perangai iblis Koo Ham ni! Ap lagi rakyat Perak? Tak kira la Melayu ka Cina ka India ka, kena tolak ini DAP. Kalau Perak jatuh ke dalam tangan DAP lagi dalam PRU akan datang, maka hancurlah negeri kesayangan kita ni.


No comments: