Kalau di Pulau Pinang, DAP dan Lim Guan Eng sibuk mengatur beberapa ekor kepala Melayu untuk dijadikan calon mewakili parti tersebut bagi menolak andaian bahawa DAP adalah sebuah parti loyalist Cina, di Perak pula, ceritanya tidak kurang menarik.
Bekas Ketua Bahagian Kota Bharu, bekas calon PKR dalam PRK Hulu Selangor, bekas calon Timbalan Presiden PKR dan Presiden Parti KITA, Zaid Ibrahim khabarnya telah dilamar oleh DAP dan persetujuan telah diberikan oleh Zaid Ibrahim untuk menyertai parti tersebut secara 'bersekutu'.
Zaid Ibrahim akan dipertaruhkan di Perak oleh DAP dan janji kepada Zaid Ibrahim ialah, sekiranya Pakatan menang di Perak dalam PRU13 nanti, Menteri Besar Perak adalah Zaid Ibrahim, bukan lagi Nizar Jamaluddin yang dilihat dan dianggap sebagai satu liabiliti dek kerana meroyan yang belum sembuh.
Pastinya, musuh utama Azmin Ali itu tidak akan menolak tawaran lumayan yang diberikan oleh DAP kepadanya. Apatah lagi, semenjak dia keluar dari PKR kerana merajuk, Zaid Ibrahim sebenarnya semakin lama semakin pupus. Dia memerlukan sesuatu untuk menaikkan namanya kembali.
Manakala DAP pula amat memerlukan calon-calon Melayu yang membolehkan parti itu menguasai jawatan Menteri Besar. Biarpun Zaid Ibrahim orang Kelantan, dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak pula, mungkin menghalang Zaid daripada menjawat jawatan tersebut sekiranya DAP menang majoriti, namun itu bukanlah perkara besar.
Yang pastinya, Zaid Ibrahim memang boleh dibeli dengan harga yang amat murah!
Flying Kick
P/S Kami hanya memikirkan bagaimana si kaki togok arak dan kaki judi kuda ini nak urus dan bangunkan Islam.
Tak usah ungkit orang lain dalam UMNO, PAS atau PKR yang lepas, macam mana Zaid Ibrahim itu sendiri nak jaga urusan Islam.
Orang lain tak suruh tutup mahkamah syariah, mereka hanya kurang amalkan Islam, tapi Zaid terlalu amat sekular dan dia akan utamakan mahkamah sivil dan siap2 ditutup mahkamah syariah.
Bayangkan kelak Zaid memulakan program lotteri untuk selesaikan masaalah kekurangan peruntukan untuk bangunkan sekolah agama rakyat.
DAP nak Zaid supaya dia boleh gaduh dengan Sultan dan semua orang. Diakan kaki gaduh yang ingat dia saja yang betul.
Mungkin tak berlaku kerana Zaid akan gaduh dengan DAP sebelum sempat berlaku apa-apa. Semua orang salah, yang betul dan baik hanya Zaid Ibrahim.
Persoalannya sekarang, kenapa dia berdiam dalam hal ahli KITA sumbang mahram??? Liberal???????????
HOUSE PK: Dah le lompat dari satu parti ke parti yang lain, dengan credentials kaki judi dan kaki minum. Pastu lepas ditolak oleh semua yang lain, si pemabuk tegar ni nak jadi MB Perak! pulak. Adeiii, bangsatnya DAP sampai macam tu sekali ek?
Wahai Rakyat Perak, korang nak ke si REJECTED ITEM yang juga tauke Kuda Lumba dan Kaki Minum ni jadi MB korang? Ce cite, ce cite...oh ya artikel ini aku petik dari The Unspinners
No comments:
Post a Comment