Ingat lagi tak masa PRK Galas? Blog ini bersama-sama dengan rakan-rakan bloggers lain telah mendedahkan pasal Ladang Rakyat di Kelantan? Ingat lagi bagaimana kerajaan Isle pastu tukar kerajaan kebajikan menzalimi masyarakat orang Asli di Kelantan? Kalau tak ingat KLIK SINI
Bermacam-macam pendedahan kita lakukan. Korang klik link aku kasi tu dan korang akan ingat balik apa yang telah kerajaan Kelantan buat pada masayarakat orang Asli. Berbekalkan dendam dan pendedahan yang telah kita lakukan itu. Maka PKR Pahang telah melakukan sesuatu yang luarbiasa.
Mereka telah ke kawasan orang Asli di Lanchang dan menghasut rakyat disana untuk menentang kerajaan, mereka tipu rakyat disana dengan menggunakan peguam-peguam PKR yang tidak bertanggungjawab. So aku nak share dengan korang tentang pendedahan yang dilakukan oleh Perak Today seperti dibawah:
Ada seorang peguam yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) datang menemui masyarakat Orang Asli di sini dan telah memanipulasikan isu pelaksanaan projek bijih besi di Kampung Sungai Leleh.
Demikian dakwaan Tok Batin Kampung Sungai Leleh, dekat Lanchang, Sedi Chanak, yang begitu kecewa kerana wujudnya individu yang sanggup mengambil kesempatan serta mengeksploitasi masyarakat Orang Asli di kawasan itu.
Krisis berkaitan tanah dan wilayah adat Orang Asli di Pahang yang berlaku yang didakwa telah diceroboh syarikat milik kerajaan negeri ternyata telah berjaya dimanipulasikan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menyuntik perasaan benci masyarakat pribumi itu terhadap kepimpinan negeri.
Menurut Sedi, kedatangan seorang individu yang dipercayai berperanan sebagai peguam kononnya untuk membela ! nasib Or ang Asli kawasan itu rupa-rupanya telah disalahgunakan oleh individu terbabit.
Dia (peguam) adalah salah seorang ahli PKR dan datang ke kampung kami kononnya untuk membela hak Orang Asliapa yang dilihat rupa-rupanya peguam ini mempunyai misi negatif dalam menghulurkan bantuan.
Ketika itu saya difahamkan, peguam terbabit telah meminta senarai nama penduduk yang membuat bantahan kononnya sebagai bukti bilangan peserta RISDA yang membantah dengan pelaksanaan projek untuk mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan Pahang, Mentiga Minning.
No comments:
Post a Comment