GURINAM RAJA CAPATI

GURINDAM RAJA CAPATI
--azly rahman

merdeka kala ini
janji di capati

tosai dengan kari
sambal ikan tenggiri
mertabat di murtabak-i
bangsa di klentongi
nusa di nodai
capati di janji
kari di-tosai
tangan di gari
BERSIH di kasari
REMPIT di agungi
KUTU Brahak di agungi
beg coach di rampasi
rumah acapkali di rompak-i
selangor di kemarau-i
johor baru "sin city"
fatwa di mass-produksi

merdeka masakini
harga electron mencekek diri
kemiskinan melanda negeri
pembesar negara janji capati
bukak posa hisap cerut BD
pekena tosai dengan capati
agar janji di kota-i
pilihanraya tak lama lagi
gajah naik titi
jalak lenteng mengamuk lagi

kota raya
hantu raya
hari raya
putrajaya
cyberjaya
kelana jaya
semua raya
makan capati
hari pertama aidi fitri

capati tosai
sarapan pagi
simbol merdeka negara murni
buat duit berguni guni
haram halal lu-gua tak kesah semua ini
simpan dalam bank luar negeri
dibawa mati
beli tiket ke shurga nurani
dosa pahala tidak di endah-i
itulah ankara janji capati

pembesar negeri makan john's roti
rakyat di paksa ketuk-ketampi
minum air bunga agar berseri
jaga imej janji capati

hari raya makan capati
agar janji tetap di meterai
memanda menteri makan apa hari ini?
makan capati
berulamkan setanggi?

gurindam ini gurindam capati
ku nukilkan buat merdeka mu di kala ini
capati tetap di janji
janji kita janji capati

...
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus! |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: