PANAS BERAPI! BOLEH KE MIC MENANG KERUSI PARLIMEN SUNGAI SIPUT?

MIC yakin mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput daripada parti pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk S Murugesan, berkata sebagai kerusi tradisi MIC, usaha yang lebih gigih dan berterusan perlu dipraktikkan oleh Barisan Nasional (BN) jika mahu merampas kembali kerusi itu daripada parti pembangkang.



Segala tindakan yang perlu telah dan sedang diambil bagi memastikan kemenangan kembali berpihak kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Presiden MIC, Datuk G Palanivel telah melawat semua sekolah Tamil di Sungai Siput bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi pihak sekolah.

Antara isu yang dikenalpasti termasuklah keperluan komputer untuk kegunaan murid dan beberapa sekolah lagi menghadapi masalah infrastruktrur berkaitan pendawaian elektrik.

Manakala keperluan membina bangunan sekolah baru pula akan diputuskan oleh Presiden, Kementerian Pelajaran dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan buah kurma kepada kakitangan Hospital Sungai Siput, sebentar tadi.

Read more...

No comments: