TUN MAHATHIR MENCERITAKAN BAGAIMANA ANWAR MASUK UMNO DULU!

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO tidak lama selepas saya jadi Perdana Menteri pada 1981. Saya terkejut juga apabila dapat tahu beliau mahu menyertai UMNO memandangkan pembabitannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1) dan kenyataan-kenyataan awamnya jelas menjadikan beliau sekutu semula jadi PAS.Bagaimanapun saya fikir, tentulah lebih menguntungkan beliau jika menyertai UMNO kerana beliau tidak akan dapat mara dalam politik selagi berada di luar UMNO. Besar kemungkinan beliau akan selama-lamanya terumbang-ambing dalam politik pembangkang dan ini tentulah bukan apa yang dikehendakinya.Saya juga berpendapat beliau berguna kepada UMNO.Bagi saya,parti lebih penting dan sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada parti,walaupun orang itu tidak sependapat dengan saya,saya tidak akan halang kemasukannya.

Umum beranggapan UMNO yang mengambil langkah pertama membawa masuk Anwar,tetapi itu tidak benar.Bagi tempoh masa yang lama,UMNO telah menjadi parti yang besar dan berjaya. Ia tidak perlu bersusah-payah mencari ahli.Waktu itu,menyertai UMNO adalah satu keistimewaan.Dalam tempoh beberapa bulan,sebilangan orang telah datang memberitahu saya yang Anwar berminat untuk sertai UMNO.Jadi saya pun bersetuju menemui beliau.Pertemuan pertama kami berlangsung di pejabat saya. Itulah interaksi sebenar yang pertama antara kami tanpa kehadiran orang lain.Beliau nampak begitu berminat untuk menyertai UMNO,jadi beliau sedia bertolak-ansur dan tidak memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh menyebabkan hasratnya ditolak.Apabila saya bertanya mengapa beliau mahu menjadi sebahagian daripada UMNO, beliau berkata yang beliau kini bersetuju dengan perjuangan UMNO. Beliau mengaku kepimpinan ABIM agak kritikal dengan keputusannya dan mereka juga henda! k tahu m engapa beliau mahu sertai UMNO.Beliau memberitahu mereka yang beliau mahu mengubah UMNO supaya sependapat dengan ABIM dan mempengaruhi Kerajaan dari dalam.

Read more...

No comments: