SEBARKAN! ANAK KECIL INI PERLUKAN BANTUAN UNTUK PEMBEDAHAN!
Pastinya sesuatu yang amat bermakna bagi saya apabila dapat melihat Aleesya Analia Norhaid menjalani kehidupan yang normal sama seperti kanak-kanak sebayanya yang dapat mendengar dan petah berkata-kata selepas menjalani pembedahan implan koklear yang membabitkan kos berjumlah RM77,000, demikian tegas Nor Aainy Kamal Bashah, ibu kepada kanak-kanak itu yang semakin buntu kerana tarikh pembedahan yang ditetapkan kian hampir.
Dek kekangan hidup lantaran suami yang tidak bekerja kerana sakit, membiayai kos pembedahan RM77,000 dilihat mustahil baginya yang hanya meraih pendapatan RM1,600 sebulan.
Mujurlah Ipoh Spealist Hospital (KPJ) menghulurkan sumbangan RM10,000 untuk membiayai sebahagian kos pembedahan yang dijadualkan sekitar Oktober atau November depan.
Dengan pendapatan sebagai kerani dan suami tidak bekerja kerana sakit , harapan kami sekeluarga untuk melihat Aleesya Analia menjalani pembedahan tampak kabur tanpa sokongan dan bantuan kewangan daripada orang ramai, katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Sehubungan itu, beliau katanya, mengharapkan ada pihak di luar sana sudi menyalurkan sumbangan bagi membantu anak keduanya itu menjalani kehidupan yang lebih ceria di masa akan datang.
Nor Aainy berkata, ketika ini, anak perempuannya itu mendapat rawatan di Klinik Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang disahkan cacat pendengaran sensori neutral di kedua-dua belah telinga.
Read more...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun CIMB 0803-0061795-52-8 atas nama Nor Aainy Bt Kamal Bashah atau menghubungi talian 017-2720930 untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment