BUKTI PAS KAFIR DAN BACUL BILA DI PENANG MEREKA DIBULI GUAN ENG!

BILA Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi menegaskan bahawa PAS merupakah parti yang dominan dalam gabungan Pakatan Haram di Malaysia, ramai yang tertawa mendengar hujahnya di module debat bersama Pengerusi Sekretariat ILMU, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

Entah bagaimana hujah itu terkeluar daripada mulutnya, namun ia masih lagi menjadi bahan gelak ketawa orang ramai yang sememang menyedari tentang Nasrudin yang terdesak menipu diri sendiri berkenaan hujah tidak masuk akal itu.

Benarkah Nasrudin menipu dan benarkah PAS merupakan parti dominan di dalam Pakatan Haram?

Mari kita renungkan kes yang menjadi contoh terbaik untuk dikaitkan dengan dakwaan Ketua Dewan Pemuda PAS itu.

Pada Pilihanraya Umum ke-12 yang berlangsung pada Mac 2008 yang lalu, Pakatan Haram berjanji untuk memberikan jawatan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kepada PAS sekiranya mereka berjaya menjajah Pulau Mutiara itu.

Namun, setelah menang pada pilihanraya umum tersebut, Khalifah Lim Guan Eng yang dilantik dan dibaiah taat setia para penganut agama PAS itu tidak menunaikan janji tersebut.

Ketika itu, para penyokong PAS di negeri Pulau Pinang masih bersabar dan enggan mendesak Khalifah mereka itu untuk menunaikan janji tersebut dengan melantik pemimpin PAS sebagai Yang DiPertua MAIPP.

Read more...

No comments: