PANAS BERAPI! KALAU JALIL HAMID KETUA PENGARANG NST/BH ADA MARUAH, MAKA SEWAJARNYA DIA LETAK JAWATAN!


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Kumpulan NST/BH, Dato Jalil Abdul Hamid telah sabotaj persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan sepatutnya dipecat di atas pengkhianatan ini.

Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Abu Bakar Abdullah seolah beliau dianiaya dipecat dari jawatan dan membantu menimbulkan salahfaham dan keresahan dikalangan kakitangan awam.


Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan.

Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-pembangkang.

Disebarkan pembangkang

Laporan tersebut tidak dapat diperolehi secara online tetapi disiarkan di Berita Harian edisi hari minggu semalam bertarikh Julai 1hb.

Namun begitu, ia telah dilaporkan semula oleh portal pro-pembangkang yang diuruskan oleh bekas-bekas wartawan dan penyunting dari News Straits Times, The Malaysian Insiders. Laporan mereka berbunyi: KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA..

! HOUSE PK : Sebagai seorang Ketua Pengarang, Jalil Hamid sepatutnya tahu, kenapa KPPa kena berambus! Apa si Jalil ni sangat bebal sampai dia tak tahu pasal isu SBPA? Atau mereka ni duduk kat sana sekadar memanaskan kerusi empuk saja? Dimana tanggungjawab kamu wahai Jalil sebagai seorang ketua?

Tahukah kamu sebagai seorang ketua, KPPA atau ABu Bakar telah dipertanggungjawabkan untuk peneylarasan gaji kakitangan awam? Itu tanggungjawab dia, maka dia joke syorkan SBPA kepada PM, ada yang menceritakan Abu Bakar tak salah sebab dia hanya ikut saja apa pegawai dia bagi.

Brader Jalil, sebagai seorang ketua sebuah organisasi, apaila kamu dipertanggungjawabkan untuk sesuatu AMANAH, maka ianya menjadi tanggungjawab kamu samada gagal atau berjaya! SBPA hari tu hampir membuatkan kakitangan kerajaan benci Pimpinan sekarang, mujurlah PM dengar dan batalkan SBPA.

Aku boleh terangkan panjang dan lebar lagi, tapi kau seharusnya faham Jalil, bila gagal, walau bukan Abu Bakar yang buat benda itu, tetapi sebagai ketua, bilaman dia terima SBPA dan persembhakan kepada PM makanya dia sudah menerima perkara tersebut dan sebagai ketua dia kena bertanggungjawab la.

Apa benda ni Jalil? Adakah kamu telah ditrain sebegitu dalam NST/BH sekairanya berlaku sesuatu maka kamu lepas tangan dan salahkan pihak lain? Kau nak salahkan PM atas kegagalan Abu Bakar SPPA? Ada akai ka lu Jalil Hamid?

So tak payah nak cerita panjang la ok, Jalil Hamid, kamu tak layak duduk di NST/BH lagi, tambahan pulak sebagai Ketua Pengarang kamu sudah gagal untuk hoop BH dan NST. Suratkhabar NST dan BH ni joke macam hidup segan mati tak mahu. LU dok sana joke mengabihkan beras je.

WE DEMAND JALIL HAMID TO RESIGN! Ayuh kengkawan blogger semua, kita perlukan Ketua Pengarang yang lebih berwibawa! Wahai Tuan PM! Kasi pecat je si Jalil ni. Dok kat situ joke menyemak je, dah la tak pernah nak bantu kerajaan, jadi BIAWAK HIDUP pulak lagi.

Jom mulakan kempen untuk perletakan jawatan Jalil Hamid si Ketua Pengarang yang paling bengap! dalam s ejarah BH/NST. Dia ni punya bengap sama macam Kali Ular! Masa untuk pembersihan di NST dan BH. AKu rindukan NST dan BH seperti dulu yang begitu gah dan mantap!

Belah la Jalil Hamid!

No comments: