PANAS BERAPI! ANWAR SUDAH MULA PENING DENGAN LAJIM UKIN DAN POLITIK SABAH!

Hujung minggu yang lepas adalah antara yang pale seronok dalam hidup Anwar. Dah lama plan. Tak menjadi. Tapi kali ni menjadi kenyataan. Anwar sangat gembira kerana keluarnya Lajim dan Wilfred Bumburing akan memberikan impak kepada politik Sabah. Anwar cukup yakin, dengan kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat tapak politik baru di Sabah.

Khabarnya, Anwar siap untuk menjanjikan ROTATION SYSTEM dihidupkan semula di Sabah. Ketua Menteri pertama yang bakal dilantik (jika Sabah jatuh kepada PKR) adalah Jefrrey Kitingan. Anwar mahukan Sabah diletakkan di bawah kendalian Jefrrey buat sementara waktu. Memang ramai yang protes. Azmin antara orang yang pale tak bersetuju. Argument Azmin sangat mudah Jeffrey tidak bergerak di atas semangat yang sama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Sabah is meant for great Sabahan leader, kata Anwar di Tuaran. Soalnya siapa? Jeffrey? Anwar lupa bagaimana Jeffrey tinggal dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang.

Anwar jelaskan kepada Azmin, new governing body is about wisdom. forgive and forget. kita nak menang PUTRAJAYA. Frasa kita nak menang Putrajaya ini yang jadi kacau bilau.

Lebih merosakkan lagi, apabila Lajim sibuk menjual kepada orang kampung bahawa dia bakal KETUA MENTERI PR selepas pilihanraya.

Mana satu betul ni? Jefrrey atau Lajim? Rotation atau kekal? Banyak benda yang Anwar kena fikirkan.

Anwar kenal Lajim lama. Lajim ini memang pemain solo. Dia prima dona. Anwar tahu sangat perangai Lajim. Kalau boleh semua jawatan dia nak pegang. Malahan, pada satu ketika, Lajim pernah bergaduh dengan Pak Lah sebab nakkan jawatan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Itulah Lajim Ukin.

Di kalangan orang PKR, ramai juga! yang be ranggapan Lajim bukan ASET. Tapi liabiliti kepada PKR.

Ramai juga yang ingatkan Anwar fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal. Mahukah PKR terpalit dengan orang yang begini?

Ramai Ketua Cabang di Sabah masih sangsi dengan diversion Anwar kali ini. Ke mana arahnya?

HUSE PK: Ini aku petik dari blog Gelagat Anwar. Apa yang aku nak cerita kat pembaca kat sini ialah kebenaran tentang Lajim Ukin. Lajim ni sebenarnya, hanya berpengaruh di DUN Klias saja, iaitu kampung dia la,dalam Parlimen Beaufort joke dia 50-50 je, manakala si Wilfred Bumburing pulak kat Tuaran tu memang dah tak akan dicalonkan lagi oleh UPKO, sebab tu la dia lompat, dia menang 2008 dulu joke sebab di sokong oleh PBS dan UMNO!

So Anwar, mampos lu sekarang!

No comments: