GEMPAR TAHAP VAVI! RAKYAT TUNTUT GUAN ENG JELASKAN SKANDAL TANAH DI PULAU PINANG!

SEMEMANGNYA memualkan anak tekak melihat sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta hartawan Bumiputera berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk menyerahkan laporan terperinci mengenai perancangan berhubung Penang Port.

Sedangkan, Tan Sri Syed Mokhtar sudah joke menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang perancangan utamanya terhadap pelabuhan yang semakin hari semakin mencatat kerugian demi kerugian.

Guan Eng boleh merujuk keterangan Tan Sri Syed Mokhtar di dada-dada akhbar atau google saja di internet, sudah pasti dia akan dapat mengetahui apakah master grand plan ahli perniagaan kebanggaan bangsa Melayu itu dengan mudah.

Sekiranya dia tidak puas hati, rasanya dia sebagai Ketua Menteri boleh bertemu dengan Tan Sri Syed Mokhtar atau pihak pengurusan syarikatnya bagi mendapatkan perincian mengenai masa depan Penang Port di bawah pengurusan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar tidak perlu joke menjelaskan segala perancangan Penang Port yang bakal diambil alih itu kepada Guan Eng memandangkan pelabuhan terkenal di utara Semenanjung itu adalah milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun, Tan Sri Syed Mokhtar sebagai ahli perniagaan yang profesional dan masak dengan sikap seorang Cina yang tebal dengan sikap chauvinis ultra kiasu, telah joke menjelaskan segala tohmahan yang dibuat terhadap pengambil alihan Penang Port tersebut.

Pada pandangan saya, pengambilalihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar itu sepatutnya bukanlah satu isu. Tender pengambil alihan itu dibuat secara terbuka dan bidaannya berjaya memikat hati dan memberi keyakinan kepada Kementerian Kewangan, itu saja.

Tapi sebalikn! ya, Guan Eng telah banyak berhutang kepada rakyat mengenai beberapa isu besar yang gagal dijawab dengan baik.

Ia termasuklah skandal sebidang tanah yang sepatutnya didirikan kawasan perumahan mampu milik yang dibatalkan dan diberikan kepada pihak pemaju tertentu.

Apa yang Guan Eng perlu jelaskan mengenainya apakah kurniaan tanah kepada pihak tersebut lebih penting berbanding kepentingan rakyat yang memerlukan rumah yang mampu mereka beli dengan harga mampu?

Atau Guan Eng lebih mementingkan keuntungan RM90 juta yang dipercayai akan masuk ke kocek DAP dan Pakatan Haram?

Guan Eng juga perlu menjelaskan ketidakpuasan hati rakyat Pulau Pinang yang marah padanya berkenaan sebidang tanah rizab Melayu yang sepatutnya dibina sebuah masjid di atas tapak tersebut.

Sebaliknya, Ketua Menteri yang dikelilingi oleh para pegawainya yang pekat dengan sifat rasis itu telah memberikan tanah tersebut kepada pihak pemaju yang dikatakan mahu membina pusat komersil dan kondo mewah.

Apakah Guan Eng lupa atau buat-buat lupa dengan skandal-skandal tersebut?

Sepatutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut secara terperinci kepada rakyat negeri itu bersama fakta dan bukti-bukti kukuh yang mewajarkannya mencabul tanah umat Islam.

Itu belum lagi disebut mengenai Kampung Buah Pala di mana dikatakan bahawa lebih separuh dari kalangan masyarakat India yang berkampung di situ sejak turun temurun benar-benar marah pada Pakatan Haram Pulau Pinang.

Memang Guan Eng berikan rumah sebagai pampasan kepada para penduduk Kampung Buah Pala. Tapi, dikhabarkan bahawa mereka terpaksa membayar lebih separuh harga rumah yang diberikan tersebut memandangkan harga kampung warisan itu dikatakan lebih rendah dari rumah-rumah baru mereka.

Dulu, mereka tidak menanggung hutang ketika tinggal di Kampung Buah Pala, tapi sekarang mereka terpaksa membayar sejumlah wang yang besar setiap bulan kepada bank sedangkan mereka terdiri dari golongan berpendapata! n rendah .

Sekiranya nanti mereka tidak dapat membayar sewa beli rumah tersebut dan bank merampas rumah mereka, apakah Guan Eng sanggup memberikan rumahnya sendiri kepada masyarakat India Kampung Buah Pala itu?

Sebenarnya, rakyat Pulau Pinang khususnya bangsa Melayu dan kaum India kenal benar dengan sikap rasis pentadbiran Guan Eng yang memilih bulu dan tidak berdasarkan keadilan kepada semua kaum.

Malah dikatakan kaum Cina yang menyokong MCA dan Gerakan di Pulau Pinang joke terkena tempias berat sebelah Guan Eng yang meminggir dan menekan mereka cari makan berbanding kaum Cina yang menyokong DAP dan Pakatan Haram.

Berbalik kepada pengambil alihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar, sudah tentu akan dikerat memandangkan Guan Eng dan para penasihat di kiri kananya memang tidak suka melihat bangsa Melayu bertapak dan maju di pulau yang konon-konon miliknya itu.

Persoalannya, apakah PAS dan PKR yang rata-ratanya Melayu begitu buta untuk melihat dasar Guan Eng yang dilihat cuba menghalau bumiputera dan mereka-mereka yang dia tidak suka dari Pulau Mutiara tersebut?

Fikir-fikirkanlah. Janganlah hanya kerana politik, Melayu PAS dan PKR sanggup menggadai tanahair kepada Cina chauvinis ultra kiasu itu.

Sampai bila PAS dan PKR mahu menjilat bontot Guan Eng?

Sumber: Perak Today

No comments: