Menggunakan individu yang dinamakan sebagai MAHASISWA DARI UTARA, yang kononnya mahu membuat laporan polis kerana diliwat oleh Anwar Ibrahim tidak sampai dua puluh empat jam, telah digagalkan apabila rancangan berkenaan telah diketahui ramai. Atau dalam bahasa yang lebih baik, membidas muka sendiri.
Berbanding pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, Anwar Ibrahim sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat tersepit. Anwar tidak sahaja ketandusan isu, tetapi juga terpaksa mencipta isu untuk namanya sentiasa disebut-sebut. Apabila semakin banyak disebut-sebut, secara tidak langsung cerita tentang perangai dan amalan jahatnya akan terbatal dengan sendirinya, terutama sekali menerusi sikap semberono penyokong Pakatan Rakyat.
Usaha untuk menimbulkan kegemparan berhubung kes liwat terbaru ini, tidak menjadi. Bahkan ramai yang melihatnya sebagai satu gempar yang bersifat kekanak-kanakan.
Kemudian timbul pula cerita kononnya, beberapa orang pemimpin AMK dan PKR telah menghalang pemuda tersebut daripada membuat laporan polis. Dakwaan tersebut timbul selepas polis mengesahkan tiada sebarang laporan liwat diterima dari mana-mana pihak.
Lawan api dengan api itu yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam kes salah dignified ini.
Imej Anwar Ibrahim sudah lama terjejas ekoran kes liwat dan zina. Mungkin kalau tiada bukti bergambar atau video, Anwar Ibrahim boleh dengan mudah menafikannya sambil menyatakan bahawa ianya adalah satu konspirasi tahap tertinggi kepadanya. Namun apabila dalam semua hal dikatakan konspirasi terhadapnya, maka timbul pula satu persoalan lain, adakah di Malaysia, hanya ada Anwar Ibrahim sebagai ahli politik pembangkang dan tidak ada orang lain? ... SILA BACA SAMBUNGANNYA DI KEDAHAN69ERS.COM
No comments:
Post a Comment