FUYOH! DR ZAMBRY SELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI KAMPAR! MESTI TONTON
Isu penempatan yang membelenggu penduduk Kampung Sahom, dekat Kampar akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila 63 daripada mereka menerima surat tawaran Borang 5A dari Pejabat Tanah Daerah Kampar untuk fasa pertama.
Setelah terpaksa menunggu lebih berpuluh tahun untuk memiliki tanah milik kekal, akhirnya masalah itu dapat diatasi hasil usaha gigih kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Salah seorang penerima Borang 5A, Deram Shah Taharim, 53, memberitahu keluarganya terpaksa menunggu hampir 10 tahun sebelum masalah tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.
Saya berasa begitu gembira kerana terpilih menerima Borang 5A dan amat berterima kasih kepada Dr Zambry di atas keprihatinan beliau menyelesaikan masalah penduduk tertangguh begitu lama, katanya.
Bagi warga emas Nor Ahmad Samsudin, 69, tiada apa yang menggembirakan buat dirinya dan keluarga apabila pemohonan yang sudah memasuki generasi ketiga akhirnya diluluskan oleh kerajaan negeri.
Read more...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment