SUDAH-SUDAHLAH DENGAN DEBAT BODOH ITU! MESEJ KHAS UNTUK MB JOHOR!

Aku dah kata, hentikanlah semua drama-drama debat ni! Kenapa la korang ni bebal sangat? Ni apa cite MB Johor nak debat ngan Din Puduraya ni? Apakah Wan Firdaus dari IDEAS bagi cadangan ini? AKu tau MB Johor sayang sangat ngan budak pemuja AL Juburi ni? Apa benda ni beb?

Baru-baru ini Ketua Pemuda Pas Johor, mencadangkan agar satu debat diadakan di antara YAB Menteri Besar Johor, Dato Abdul Ghani Othman dan YB Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Idea dan kenyataan yang disuarakan itu lantas disambut oleh blog dan portal-portal pembangkang kononnya bagi memperlihatkan ia sebagai orde politik baru. Dan sebarang penolakkan kepada cadangan tersebut bakal memberi modal baru kepada mereka untuk mengambarkan konnnya Ghani Othman takut dan sebagainya.

Yang lebih melucukan lontaran idea pada thirty Mei itu, dibuat sejurus selepas kenyataan biadap Nizar menghina Sultan Johor. Percubaan itu tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat Johor dari terus tertumpu kepada kenyataan Nizar itu, yang dilihat bakal mengakibatkan pakatan pembangkang tersungkur pada PRU13 nanti.

Ini kerana mereka sedar, hubungan rakyat antara rakyat Johor dengan Sultan Johor yang berjiwa rakyat. Oleh itu kenyataan tersebut telah menyebabkan peratusan undi yang menyokong pembangkang khususnya Melayu professional dan golongan pertengahan mula beralih kepada BN/UMNO.

Read more...

No comments: