PANAS BERAPI! ORANG KAMPUNG NAK TAHU BERAPA NILAI HARTA SEBENAR ANWAR
IBRAHIM!

Susulan tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengawal twenty akaun induk bernilai RM3 bilion, seramai eleven ketua kampung dalam Parlimen Parit hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang itu.

Anwar sebelum ini enggan membuat penjelasan mengenai tuduhan tersebut sebaliknya terus berdolak-dalik dan cuba melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengalih perhatian rakyat terhadap tuduhan berkenaan.

Malah, Anwar dalam satu sesi dialog ekonomi di Petaling Jaya memberitahu, beliau bersedia mendedahkan akaun bank miliknya dan menjelaskan berhubung dakwaan mengawal akaun induk bernilai RM3 bilion sekiranya Muhyiddin juga melakukan perkara sama.

Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Parlimen Parit, Meor Hanafi Hashim memberitahu hampir 80 orang ahli JKKK kampung berkumpul di hadapan Balai Polis Sri Iskandar bagi menuntut Anwar menjelaskan perkara sebenar berkaitan tuduhan terbabit.

Kita berkumpul di sini beramai-ramai bagi menunjukkan bahawa rakyat mahu kerajaan telus dan menyiasat tentang apa yang kita baca di media massa yang menyatakan Anwar mempunyai harta atau aset bernilai RM3 billion dengan menggunakan twenty akaun di bawah kawalannya.

Nilai RM3 bilion itu terlalu banyak dan kita mahu mendengar penjelasan Anwar ke mana perginya duit itu, katanya.

Dalam pada itu, kesemua ketua kampung terbabit juga menuntut supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber duit terbabit.

Penting untuk kita sebagai rakyat tahu mengenai perkara itu, katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi ketua kampung yang ditemui, Hidzir Yusuf turut menyatakan pendirian beliau yang menggesa Ketua Pembangkang itu menjelaskan perkara sebenar mengenai aset bernilai RM3 billion yang dimilikinya.

Sebelum ini, Anwar berkata bahawa pemimpin Pakatan Rakyat lebih telus dan tidak mengamalkan politik wang.

Apabila timbulnya isu berkaitan RM 3 billion dan ia adalah satu jumlah yang besar, seelok-el! oknya di jelaskan dari mana duit itu datang dan selain aset itu dari mana datangnya.

Kita sebagai rakyat merasakan kita harus dan wajib tahu, jelas beliau lagi.

Sebanyak eleven laporan polis dari eleven buah kampung sekitar parlimen Parit dibuat dan antaranya adalah seperti Kampung Lengkuas, Kampung Lambor Kiri, Kampung Bakong dan Kampung Dusun.

Isu pemilikan akaun induk berkenaan timbul semula apabila ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali memaparkan pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia pada 29 Oktober 1999 dalam satu sidang akhbar thirty Mei lalu.

Dalam pendedahan yang dibuat hampir thirteen tahun lalu itu, Abdul Murad mendakwa Anwar mengawal sebanyak twenty akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Sejak isu itu dibangkitkan semula, pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil membuat laporan polis mendesak Anwar memberi penjelasan.

Sumber: Perak Today

No comments: