GEMPAR BERAPI! LAJIM UKIN AKAN LOMPAT MASUK PKR PADA 16HB JUN INI

Inilah khabar berita yang sedang hangat diperkatakan di kedai-kedai kopi di Sabah! Ini bukan khabar angin tau, ini adalah kisah benar yang sedang hangat diperkatakan di Sabah.

Aku juga diberitahu bahawa Lajim Ukin sudah siap ada 2000 bendera PKR yang akan dipasang olehnya pada hari PM melawat Sabah iaitu pada 16hb June ini. Sekaligus dengan itu pada hari yang sama Lajim Ukin akan mengumumkan bahawa dia keluar dari UMNO dan join PKR.

Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ni ialah orang kiri kanan dia tak berapa selesa dengan keputusan dia. Sebab tu dia nak lompat tapi ada sikit delay, kalau tak hari tu masa perhimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil lagi dah dah make known yang dia akan lompat keluar.

So, pembaca sekalian, korang tunggu dan lihat je apa yang akan dibuat oleh Lajim Ukin pada 16hb June ni nanti! Dia sengaja nak sabotaj dan malukan PM. Lu memang takleh pakai la Lajim! Cisssss

No comments: