Mendidih sungguh darah aku bila membaca laporan KEDAHAN69ERS.COM tentang penduduk Kampung Sungai Kob yang menerima layanan SERUPA BABI daripada Kerajaan Negeri Kedah.
Daripada apa yang aku dapat tahu, tanah yang dipertikaikan itu adalah Tanah Rezab Melayu. Masa Kerajaan Barisan Nasional dulu, projek tanah perkuburan swasta ni diorang dah introduce tapi tak diluluskan. Bila PAS dan Pakatan menang di Kedah, projek yang tak diluluskan tu, serta-merta diluluskan.
Penduduk Sungai Kob dah berjaya dapatkan dua perintah mahkamah untuk menghalang projek daripada diteruskan. Tapi syarikat berkenaan, Prestavest yang difahamkan dilindungi oleh pemimpin Pakatan tertentu, telah membabikan segala perintah mahkamah dengan meneruskan kerja-kerja projek di Tanah Rezab Melayu Sungai Kob.
Pagi tadi, lebih kurang 100 orang penduduk kampung yang berkawal di jalan masuk ke tapak perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara itu, naik angin apabila kata dua diorang agar projek tidak diteruskan, dianggap sampah oleh pekerja-pekerja Prestavest.
Akhirnya, dua orang pekerja Prestavest cedera. Seorang pekerja India, koyak pipi manakala seorang lagi pekerja Cina lebam matanya.
Polis yang berada di tempat kejadian, telah berjaya mengawal keadaan dan menahan 52 orang penduduk kampung kerana merusuh.
Isu pokok di sini adalah tanah perkuburan Cina di tengah-tengah perkampungan Melayu dan di atas Tanah! Rezab M elayu pula. Yang ditangkap adalah Melayu... dan yang menangkap juga adalah Melayu... siapa yang bertepuk tangan dalam hal ini?
Korang fikir-fikirkan sendirilah...
Tapi yang paling best, masa kecoh pusat penyembelihan babi, PAS serta Malaysia turun memberikan sokongan kepada penyembelih-penyembelih dan pemilik pusat penyembelihan babi itu. Tetapi bila Melayu Sungai Kob meminta agar tanah perkuburan swasta itu dipindahkan dari kawasan mereka, mereka telah dibabi-babikan....
Maknanya, Melayu Sungai Kob taraf mereka lebih rendah dari BABI ler yek?
BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM
No comments:
Post a Comment